SJ-05-0131 : Pergerakkan jari telunjuk di waktu tasyahud

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0131 : Pergerakkan jari telunjuk di waktu tasyahud

:salam

ana ingin bertanya tentang kaedah pergerakkan jari telunjuk di waktu tasyahud di dalam solat..Ana seorang insan yang mengamalkannya maka dengan kedaifan yang ada, apabila sahabat ana bertanya tentang kesahihannya maka amat sukar untuk berbicara.boleh ustaz datangkan dalil yang menyokong perbuatan ini dan adakah jika mengerakkan jari dikira bersalahan dengan mazhab syafie...?

manakah yang lebih kuat dalam pendapat ini...?manakah yang lebih dekat dengan perbuatan Nabi....?

Wslm

SJ-05-0131 : Pergerakkan jari telunjuk di waktu tasyahud

waalaikumussalaam...

saya cuba jawab...(mcm jawab pantun pulak)

kalau diringkaskan mengikut pendapat empat mazhab, kita akan dapati beberapa pendapat seperti berikut:
1-menggerakkannya dari awal tasyahud sampai salam
2-mengisyaratkannya dan mengangkat sedikit ketika ucapan 'La Ilaha Illa Allah' iaitu pada perkataan 'Laa'
3-mengisyaratkannya dan mengangkat sedikit ketika ucapan 'Illa'
4-mengisyaratkannya sahaja dari awal sampai habis.

[takhrij thtl:

1. adalah Malikiah
2. adalah pendapat Hanafiyah
3. adalah qaul Syafi'iyah
4. adalah qaul Hanabilah] lihat Fiqh Sunnah dan Fiqh Islami

ini ana ringkaskan sepanjang penemuan ana dan pembacaan.

di dalam hadith2 Rasulullah, memang ada disebutkan Rasulullah SAW mengisyaratkan jari telunjuknya ketika tasyahud. so mengisyaratkan telunjuk tidak lagi jadi perbincangan kerana semua sepakat sebab ada hadith yang sahih.

apa yang dibincangkan ialah tentang pergerakan jari. secara mudahnya ana nak sebut:
1- Terdapat hadith yang disahihkan oleh sebahagian ulama hadith menyebut bahawa Rasulullah SAW menggerakkan jarinya dari awal tasyahud sehingga salam.

[takhrij thtl: hadith yang dimaksudkan ialah hadith Wail bin Hujr yang dinilai sahih oleh Imam al-Albani, Tamam alMinnah]

2- terdapat juga hadith yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW tidak menggerakkan, hanya mengisyaratkan sahaja.

[takhrij thtl: HR Muslim dari Amr bin Abdullah bin azZubair dan dari Ibn Umar yg dikeluarkan oleh Termidzi]

kalau ikut hujah masing2, memang dua2 pendapat ada hujah. so pendapat yang paling hampir dengan hadith2 ialah sama ada mengisyaratkan dari awal sampai salam atau menggerakkannya daripada awal sampai salam.

pendapat peribadi saya (berdasarkan kajian yang tidak seberapa) ialah : mengisyaratkan sahaja tanpa meggerakkannya daripada awal tasyahud sehingga salam kerana hadith2 yang menceritakan tentan itu lebih banyak dan lebih kuat. ada pun hadith yg menyatakan tentang menggerakkan jari itu adalah diperbincangkan dan saya memilih pendpat bahawa hadith itu dhaif. ada ulama hadith yang menyatakan ia sahih. so ia masih di peringkat perbincangan. saya memilih pendapat tidak menggerakkan berdasarkan kajian saya. wallahu a'lam.

[ komen thtl: syaikh alitantawi berpegang dgn tahqiq syaikhnya Syu'aib al-Arnauth. Pendapat yang rajih ialah isu tahrik ini memiliki beberapa kebenaran, yakni bisa sahaja kita berpegang dengan tahqiq al-albani dan tahqiq al-Arnauth atau berpegang dgn kedua-duanya, yakni boleh menggerak-gerak atau ada ketikanya tidak menggerak-gerak. Ini adalah amalan Imam alQurthubi dalam tafsirnya]