SJ-05-0132 : solat jumaat

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0132 : solat jumaat

assalamualaikum ustaz: saya ada 1 soalan
-semasa saya sembahyang jumaat, ade seekor kucing lalu depan saya.
ketika itu sudah masuk rakaat kedua. kucing tu masih ade kat depan saya, ketika iman sujud saya tak dpt melakukannya disebabkan kucing itu masih ade kat situ. ketika itu saya menggunakan isyarat mata utuk sujud. JADI SOALAN SAYA ADAKAH SAH SOLAT JUMAAT YG SAYA LAKUKAN??

SJ-05-0132 : solat jumaat

waalaikumussalaam...

solat jumaat anda sah berdasarkan anda telah berusaha untuk sujud dalam keadaan tidak mampu sujud, maka anda telah mengambil keputusan utk sujud dgn isyarat mata. itu usaha anda sekadar anta mampu berdasarkan ilmu yg telah ada.

namun begitu, pada pendapat saya, kita hanya perlu menolak kucing itu atau mengalihkannya untuk sujud. tidak menjadi masalah. ini mungkin mcm peristiwa Nabi nak sujud semasa solat di rumah, di mana kaki aisyah menghalang, maka Rasulullah SAW memegang kaki Aisyah lalu Aisyah menarik kakinya utk Nabi solat.

Takhriij thtl:
Hadith ini dikeluarkan oleh alBukhari dan Muslim, juga anNasa'iy, lihat al-Albani, sahih sunan anNasa'iy (160), hadith ini menjadi dalil kepada topik menyentuh wanita dan membatalkan wudhu']

perbuatan begitu dikira perbuatan yang perlu dibuat. mcm juga suruhan Nabi SAW utk kita menghalang orang yg berjalan melalui hadapn kita ketika kita sedang solat. kita boleh halang dalam situasi begitu.

Takhrij thtl:

Hadith yg dimaksudkan adalah dari Ibn Umar:
" janganlah kamu solat melainkan di belakang sutrah dan jangan kamu biarkan seorang pun lewat di hadapanmu. jika dia enggan (masih mahu melintas), maka hadanglah dia kerana dia ditemani setan" (HR Muslim] Ia dibahaskan di bawah tajuk solat dibelakang sutrah]

wallahu a'lam