SJ-05-0225 : BACAAN QUNUT, PELIK LAA!!

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0225 : BACAAN QUNUT, PELIK LAA!!

1. apakah ada sumber yang jelas kenapa bacaan qunut ketika sampai di perkataan fa innaka taqdhi dibaca secara perlahan, mohon penjelasan.
2. makmum yang masbuk ketika imam pada rakaat ke 3 solat maghrib, sewaktu imam memberi salam yang pertama ada ustaz yang mengatakan makmum tersebut harus segera bangun dan sekiranya dia berlambat-lambat bangun dalam keadaan sengaja boleh membatalkan solatnya, benarkah dakwaan tersebut. mohon penjelasan.
sekian wassalam. :salam :P

SJ-05-0225 : BACAAN QUNUT, PELIK LAA!!

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan manjalara dengan kadar kmampuan yang ada, Insya-Allah.

1. Cara membaca lafaz "FaInnaka Taqdhi" ( ÝÅäß ÊÞÖí æáÇ íÞÖì Úáíß )didalam do'a Qunut ada disyarahkan oleh ulama'-ulama' dari kalangan Mazhab Syafie. Menurut Dr Wahbah Zuhaily, sebelum sampai kepada lafaz diatas, makmum hendaklah mengucapkan AMIN dalam suara yang nyaring sebagaimana bacaan AMIN didalam al-Fatihah, kemudian apabila sampai kepada lafaz pujian yang bermula dari lafaz -'FaInnaka Taqdhi...(sehingga akhir)' dibaca secara perlahan.

Ini merupakan pendapat yang dipegang oleh Ulama' Mazhab Syafie.[al-Fiqh al-Islami wa adillatuh, 1/814, cet ke 3, 1989].

2. Ibn 'Imad al-Misri menyatakan bahawa, didalam Mazhab Syafie, adalah mustahab (digalakkan) bagi makmum yang masbuq, menunggu Imam memberi salam kedua baru bangun menghabiskan baki rakaat yang tertinggal. Ini adalah kerana Salam kedua adalah dianggap sebagai penghujung solat. [al-Qaulu al-Taamu fi Ahkam al-Ma'mum wa al-Imam 'ala Mazhab Syafie]. WA,

Sekian, wassalam

خيرالأمين