SJ-05-0292 : Fatihah

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0292 : Fatihah

Salam ahli panel al ahkam

Soalan pendek je;

1) Saya di tegur oleh brader arab pasal bacaan fatihah semasa imam baca surah lazim. Katanya ianya adalah sunnah, kita patut berdiam sahaja mendengar bacaan imam tanpa baca fatihah.

i)adakah ini benar dan berdasarkan dalil / hadith, setahu saya mazhab Hanafi mmg berbuat begitu.
ii)Mana yg lebih afdal- baca fatihah atau dgr imam baca surah/ayat al quran. Setahu saya fatihah adalah rukun smbyg, so kena baca. Tp at same time kalau imam baca, adakah makmum kena baca? Ada org kata Ibn Taimiyyah mengatakan fatihah tak perlu dibaca
iii)Katanya, fatihah boleh dibaca bila imam tidak baca surah ie beri sedikit masa in between sblm dibacanya surah.

2) Boleh ka kita witir 1 rakaat masa Ramadhan, Adakan ini termasuk bid'ah?

SJ-05-0292 : Fatihah

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda sekadar mana yang mampu, Insya-Allah.

1. Kewajipan membaca al-Fatihah bagi makmum merupakan khilaf ulama'. Untuk soalan 1 (i - iii), anda boleh melihat masalah yang telah dijawab oleh ustaz Abu Umair :-

SJ-05-0289 : Kemusykilan yg saya hadapi
http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=33962

2. Solat Witir pada masa Ramadhan dan di luar Ramadhan tidak ada bezanya. Minimum rakaat didalam solat witir adalah 1 rak'ah sebagaimana yang dinyatakan didalam sebuah hadith Nabi :saw, baginda bersabda :-

ÇáúæöÊúÑõ ÑóßúÚóÉñ ãöäú ÂÎöÑö Çááøóíúáö
dir="ltr">"Witir adalah 1 rakaat pada akhir malam" [Hadith Riwayat Muslim #752]

Anda boleh bersolat witir sebanyak 1, 3, 5, 7 atau 9.

Melakukan solat witir sebanyak 1 rakaat sudah memenuhi syarat solat witir. Ia adalah sunnah sebagai mana hadith diatas, dan bukannya bid'ah, walaupun witir yang dilakukan itu adalah semasa bulan Ramadhan. WA.

Sekian, wassalam

خيرالأمين