SJ-05-0302 : keadaan kaki semasa sujud

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0302 : keadaan kaki semasa sujud

salam ustaz,

ada soalan drpd shbt ana, sepertimana diketahui, anggota sujud masa solat ialah tujuh. 2 drpdnya ialah perut jari kaki.

so, soalannya, adakah sah solat sekiranya kaki tidak mencecah sejadah, atau memacakkan kaki, atau melipat kaki kebelakang dengan sengaja. adakah sah solatnya, n apakah hukumnya.

sekian wassalam

SJ-05-0302 : keadaan kaki semasa sujud

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kedar kemampuan yang ada Insya-Allah.

Anggota sujud ada 7 bahagian sebagaimana salah satu hadithnya Nabi :saw :-

ÃõãöÑúÊõ Ãóäú ÃóÓúÌõÏó Úóáóì ÓóÈúÚóÉö ÃóÚúÙõãò Úóáóì ÇáúÌóÈúåóÉö æóÃóÔóÇÑó ÈöíóÏöåö Úóáóì ÃóäúÝöåö æóÇáúíóÏóíúäö æóÇáÑøõßúÈóÊóíúäö æóÃóØúÑóÇÝö ÇáúÞóÏóãóíúäö
dir="ltr">"Aku telah memerintahkan untuk sujud dengan 7 tulang : dahi, dan dia mengisyaratkan kepada hidungnya, dua tangan, dua lutut dan hujung tapak kaki......" [Hadith Riwayat Bukhari #812, Muslim #490].

Imam al-Nawawi rh didalam mensyarahkan hadith ini mengatakan :

áóæú ÃóÎóáøó ÈöÚõÖúæò ãöäúåóÇ áóãú ÊóÕöÍø ÕóáÇÊå
dir="ltr">"Jika meninggalkan salah satu darinya, maka tidak sah solatnya"

Berkata Dr Wahbah al-Zuhaily :-

æÇÔÊÑØ ÇáÔÇÝÚíÉ Ãä íßæä ÇáÓÌæÏ Úáì ÈØæä ÇáßÝíä æÈØæä ÃÕÇÈÚ ÇáÞÏãíä¡ Ãí Ãäå íßÝí æÖÚ ÌÒÁ ãä ßá æÇÍÏ ãä åÐå ÇáÃÚÖÇÁ ÇáÓÈÚÉ ßÇÌÈåÉ¡ æÇáÚÈÑÉ Ýí ÇáíÏíä ÈÈØä ÇáßÝ¡ ÓæÇÁ ÇáÃÕÇÈÚ æÇáÑÇÍÉ¡ æÝí ÑÌáíä ÈÈØä ÇáÃÕÇÈÚ¡ ÝáÇ íÌÒÆ ÇáÙåÑ ãäåÇ æáÇ ÇáÍÑÝ.
dir="ltr">"Syarat Mazhab Syafie bahawa sujud dengan kedua-dua tapak tangan dan hujung jari kedua-dua kaki, maksudnya mencukupi meletakkan sebahagian dari setiap satu anggota yang tujuh, seperti dahi, kedua-dua tapak tangan dan jari, dan kedua-dua kaki yang bermaksud hujung tapak jari kaki, BUKANLAH belakang atau hujungnya. " [al-Fiqh al-Islami wa adillatuh,cet ke 3 (1989), 1/662]

Maka kedudukan kaki yang menjadi syarat sujud adalah hujung tapak jari kedua-dua kaki, dan bukan hanya hujung jari kaki.

Jika seseorang itu sengaja (tanpa uzur) tidak meletakkan hujung tapak jari kaki ketika sujud, maka Imam al-Nawawi kata tidak sah solatnya. Akan tetapi, jika dia tidak melakukan perbuatan tersebut disebabkan kejahilan dirinya atau keuzuran, maka solatnya diterima. WA.

Sekian, wassalam

خيرالأمين