SJ-05-0312 : Roomate x solat

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0312 : Roomate x solat

:salam

sy ade seorang roomate yg susah nak bangun subuh, dan kebanyakan lepas camtu jer..bila ditanye solat ke x ; dijawabnye : qodho'...
sy juga dh usaha kejutkn, tp pejam celik trs tido balik...
Malangnye, bdk ni bdk tabligh dan selalu keluar aka khuruj ala jamaat tabligh...skang ni sy rasa sakit hati sgt , nk tgk muka dia dh maleh dah....
persoalannye:
1. apakah saya berdosa jika membiarkn dia tido begitu shj tanpa dikejutkan....?
2. apakah ada qodho' solat?
3. apakah sikap saya terhadap golongan yg spt ni?

jzk..

SJ-05-0312 : Roomate x solat

ÈÓã Çááå
æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

1. Kewajipan amar makruf dan nahi munkar adalah fardhu kifayah. Maka wajiblah ada di antara rakan-rakan sebilik dengannya mengejutkannya tidur dan menegur sikapnya melengah2kan solat dan solat jemaah. Jika hanya anda yang bersamanya, maka kewajipan itu tertentu ke atas bahu anda.

2. Qadha solat bagi orang yang lupa atau tertidur hingga luput waktu, sabit dalam hadis sahih, iaitu hadis Anas bin Malik, Nabi SAW bersabda: "Sesiapa lupa satu solat, maka solatlah apabila dia ingat. Tiada kaffarah baginya melainkan itu". Direkod oleh Bukhari (no: 572) dan Muslim (no: 684).

Manakala bagi orang yang sengaja meninggalkan solat, majoriti ulama mewajibkan qadha'. Tetapi pendapat yang sahih: tidak wajib diqadha' malahan tidak disyariatkan qadha'. Sebaliknya hendaklah memperbanyakkan sembahyang sunat dan bertaubat kepada Allah. Kerana tiada dalil mewajibkan qadha' solat yg sengaja ditinggal.

(Sifat Solat Nabi; oleh Syeikh Torifi. m/s 25)

3. Melaksanakan kewajipan amar makruf dan Nahi Munkar secara berterusan, dengan penuh hikmah selagi tidak membawa kepada mafsadah yang lebih besar. Setiap kali anda mengejutkannya tidur dengan niat melaksanakan amar makruf, mudah2an diberi ganjaran di sisi Allah Taala. Tugas kita hanya menyampaikan. Allah Taala yang memberi hidayah dan petunjuk.

Wallahu A'lam