:salam
Saya ingin bertanya sedikit.
Saya pergi ke masjid untuk menunaikan solat jumaat pada hari jumaat.
kebetulan pada hari itu saya agak terlambat pergi ke masjid dan apabila saya masuk ke dalam masjid, muazzin hendak melaungkan azan.
Adakah saya perlu tunggu sehingga tamat azan baru tunaikan solat tahiyatul masjid ataupun bersolat juga ketika azan?
:wassalam
ÈÓã Çááå
æÇáÍãÏ ááå æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ
- Seboleh-bolehnya bagi seorang muslim dalam kes-kes pertembungan antara dua ibadah, hendaklah cuba melakukan kedua-duanya sekali. Jika tidak boleh dihimpunkan antara kedua-duanya, maka hendaklah dipilih ibadah yang lebih utama.
- Maka, jika seseorang masuk dalam masjid pada hari Jumaat, sewaktu muazzin melaungkan azan pertama, maka seelok-eloknya dia berdiri dahulu sehingga selesai azan. Supaya dapat menggabungkan antara ibadah menjawab azan, dan ibadah solat tahiyyatul masjid.
- Tetapi jika dia masuk ketika dilaungkan azan kedua (sewaktu imam sudah berada di atas mimbar), maka seeloknya ialah terus bersembahyang tahiyyatul masjid, tanpa perlu menunggu selesai azan. Kerana, jika dia berdiri sehingga selesai azan, baru melakukan solat tahiyyat, menyebabkan tidak dapat mendengar khutbah dari permulaaan. Sedangkan mendengar khutbah lebih aula daripada menjawab azan.
Wallahu A'lam
Rujukan:
- Fatawa Uthaimin 14/295
- öAl-Muntaqa Min Fatawa Fauzan 3/91
http://abuumair1.wordpress.com