SJ-05-0472 : Turun SUJUD bersama atau selepas imam

Primary tabs

4 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0472 : Turun SUJUD bersama atau selepas imam

:salam

Kalau tengok solat jemaah biasanya time imam cakap Allahu akbar makmum pun ikut turun sujud sekali dari poisis iktidal.

Takpe ke?

Atau kena tunggu imam sujud(cecah dahi ke lantai) baru makmum turun sujud?

:wassalam

SJ-05-0472 : Turun SUJUD bersama atau selepas imam

ÈÓã Çááå
æÇáÍãÏ ááå æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

Sebaik-baiknya makmum tidak memulakan pergerakan sujud sehingga dahi imam mencecah lantai. Ini berdasarkan hadis al-Bara bin Azib:

ßäÇ äÕáí ÎáÝ ÇáäÈí Õáì Çááå Úáíå æÓáã ÝÅÐÇ ÞÇá ( ÓãÚ Çááå áãä ÍãÏå ) . áã íÍä ÃÍÏ ãäÇ ÙåÑå ÍÊì íÖÚ ÇáäÈí Õáì Çááå Úáíå æ Óáã ÌÈåÊå Úáì ÇáÃÑÖ

Maksudnya: Kami dahulu bersolat di belakang Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam. Apabila baginda menyebut "Sami'allahu Liman Hamidah", tidak ada seorang pun kalangan kami membongkokkan belakangnya (untuk sujud) sehingga Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam meletakkan dahinya atas tanah.
Direkod oleh Bukhari (no: 778) dan Muslim (no: 474). Matan di atas dari Bukhari.

Kata Imam Nawawi, "Di dalam hadis ini terdapat adab daripada adab-adab solat, iaitu sunnahnya makmum tidak menurunkan badan untuk sujud sehingga imam meletakkan dahinya di atas tanah". (Syarh Sahih Muslim 4/191).

Wallahu A'lam.

talfiq (not verified)
sujud sama dengan imam #2

:salam

Ustaz,

Merujuk;

http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=38167&sid=d4a4b8cc909a0c0695b6e8a5872004f0

Adakah maksudnya batal sekiranya makmum sujud bersama-sama Imam.
Saya kurang pasti maksud sebaik-baiknya tu setakat afdhal sahaja atau wajib.

Bukan apa, kadang-kadang terbiasa(khayal) sebab ikut makmum lain turun sekali.

:wassalam

SJ-05-0472 : Turun SUJUD bersama atau selepas imam

Waalaikumussalam..

Imam Nawawi menyebut dalam Majmuk, "Jika makmum menyamai imam dalam pergerakan selain takbiratul ihram, maka tidak batal solatnya dengan sepakat. Tetapi ia makruh. Imam Rafie mengatakan ia menyebabkan luput fadhilat berjemaah". (Majmuk 4/235)

Wallahu A'lam.