SJ-05-0494 : Penghalang anggota semasa solat

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0494 : Penghalang anggota semasa solat

Salam,

Kalo semasa;

1- Iktidal, dalam poket seluar kita ada keychain or duit ke yg menghalang tangan dari kena ke sisi paha sah ke?
Mungkin jugak henpon, PDA dsb. Macam sujud kan kalo ada penghalang dahi di tempat sujud kire problem

2- Sujud, kita sujud di atas karpet yg di bawahnya ada lubang.. macam besar bola golf. Adakah effect pada sujud tu, sebab surau ni entahla, masa buat agaknya memang banyak lantai berlubang cover guna karpet je... takut tak dikira sujud atas lantai pulak, sebab karpet tak cecah lantai.

WA.

Re: Penghalang anggota semasa solat

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

1. Tidak batal sembahyang jika dalam poket ada duit syiling atau handset. Tak disyaratkan masa iktidal tangan kena sentuh peha.

2. Kalau lantai surau berlubang, tetapi sudah dihampar karpet, maka sah sujud atas karpet. Tak perlu was-was lagi dalam perkara ini.

Wallahu A'lam