SJ-05-0552 : Masalah Muafiq

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0552 : Masalah Muafiq

:salam

Saya ada masalah gangguan was-was dan sering mengulang2 bacaan al-fatihah. kadang dah nak abis baca, then was2 dah baca bismillah ke tak masa awal fatihah (sebahagian ayat, jd kalo tak baca tak sah).

kadang2 pula bila imam baca panjang saya was2 dah baca fatihah ke belum.

masa solat jumaat tadi, rakaat pertama, saya berada di saf dari imam mula angkat takbir (of course, sebab ada khutbah sblm tu).
kemudian tak sempat tomakninah rukuk rakaat pertama dgn imam sebab saya selesaikan al-fatihah tu.

dikira muafiq tak? dan dikira tak rakaat tu.
sebab muafiq setahu saya had maksimumnya 2 rukun panjang.

:wassalam

Re: Masalah Muafiq

Wa’alaikumussalam

Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, InSyaAllah.

Muafiq bermaksud seseorang makmum yang berjemaah dengan Imam, sempat bersama Imam dalam kadar membolehkan dia menghabiskan bacaan al-Fatihah dengan kadar bacaan yang sederhana menurut uruf orang ramai (jemaah). Kadar sederhana ini tidak boleh diukur dengan kadar bacaan makmum (yang mungkin terlalu cepat atau terlalu lambat) atau bacaan Imam semata-mata. Kadar kesederhanaan bacaan tersebut adalah ketentuan uruf jemaah solat.

Orang muafiq dimaafkan tertinggal mengikut Imam dengan kadar 3 rukun solat yang panjang, seperti rukuk dan sujud. Yang dimaksudkan dengan rukun yang pendek pula termasuklah ‘itidal, duduk sebelum bangun untuk qiam (duduk istirehat), duduk tahiyat awal dan duduk diantara dua sujud.

Orang muafiq yang dimaafkan adalah kepada mereka yang secara semulajadi membacanya dengan lambat dan bukan di akibatkan oleh was-was. Bagi kes mereka yang tertinggal ruku’ bersama Imam kerana was-was, dia di maafkan sekadar sebelum Imam turun untuk sujud (iaitu dengan kadar ruku’ dan ‘itidal).

Sebagaimana kes anda, jika sempat sujud bersama-sama Imam, maka kelambatan anda dimaafkan (dapat rakaat), kerana was-was tidak termasuk ketinggalan 3 rukun yang panjang.

Mohon do’a dan berzikir kepada Allah agar dihilangkan penyakit was-was yang anda hadapi. WA.

Rujukan :

1. Sheikh Daud Fathoni. Munyatul al-Musholli . ms 38-39.

2. Shiekh Ahmad ibn Imad Aqfahsi. Al-Qaul al-tamam fi ahkam al- Ma’mum wa al-Imam . ms 28.

خيرالأمين