Alhamdulillah. Kami akan cuba mejawab soalan ini dengan kadar kemampuan yang ada, InSyaAllah.
Soalan yang sama pernah ditanya kepada bekas Mufti Arab Saudi, Syeikh Abdul Aziz bin Baaz rh., jawapan beliau :-
إن كان المسافر يريد أن يرتحل من مكانه في السفر قبل الزوال شرع له أن يصلي الظهر والعصر جمع تأخير ، أما إن كان ارتحاله بعد الزوال فالأفضل له أن يصلي الظهر والعصر جمع تقديم
"Jika musafir ingin bertolak dari tempat tinggalnya sebelum tergelincir matahari (sebelum Zohor), maka hendaklah dia solat Zohor dan Asar secara Jama' Ta'khir, walaubagaimana pun jika dia bertolak dari tempat tinggalnya selepas tergelincir matahari (masuk Zohor), Maka yang paling afdal ialah melakukan solat Zohor dan Asar secara Jama' Taqdim" [Majmu' Fataawa, 13/162].
Dari segi afdhaliyatnya (keutamaanya) , sudah tentu didalam situasi anda, lebih baik melakukan solat Jama' Taqdim Zohor dan Asar. Walaubagaimana pun, didalam fatwa yang saya, Syeikh bin Baaz juga menjelaskan, pemilihan kepada Jama' Taqdim atau Ta'khir bergantung kepada situasi kesukaran si-musafir pada masa itu. Orang yang bermusafir boleh memilih diantara dua Jama' tersebut atau samada ingin mengqasarkan sahaja (tanpa jama') berdasarkan kesukaran atau kesusahan yang dia hadapi. WA.
wa'alaikumussalam.

Sekian, wassalam
خيرالأمين