SJ-07-0015 : Berzikir di dalam bahasa Melayu

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-07-0015 : Berzikir di dalam bahasa Melayu

:salam

Adakah harus berzikir atau berikrar menggunakan bahasa Melayu ?. Contohnya : Relalah aku berTuhankan Allah, beragamakan Islam dan bernabi serta beRasulkan Muhammad s.a w .
:wassalam

Re: Berzikir di dalam bahasa Melayu

:wassalam

Zikir adalah ibadah. Bila ia ibadah, maka ia terhenti sehingga kita mendapat isyarat dari RasuluLlah SAW. Maksudnya kita melaksanakan ibadah berdasarkan petunjuk dari Nabi SAW. Berzikir itu adalah dalam bahasa Arab dan menggunakan lafaz2 zikir yg makthur (diterima dari baginda sahaja). Salah satu pintu-pintu bid'ah ialah berzikir bukan dengan petunjuk Nabawi yakni dgn merekacipta zikir samada dari segi cara, bahasa dan tempat berzikir. [Fatawa wa Masail Ibn Solah, tahqeeq Dr alQalaji, Beirut: Daar alMa'rifah: 1/150)]

Ikrar menggunakan bahasa melayu atau sebarang bahasa diharuskan kerana Zikir tidak sama dengan Ikrar. Ikrar ialah lafaz AkuJanji di antara manusia sesama manusia kecuali Ikrar Dua kalimah syahadah.

:aklam