assalamualaikum.
saya ingin bertanya!
adakah terdapat pada zaman nabi saw dan para sahabatnya apabila memberi makan mereka akan membaca sesuatu zikir dan sebagainya. saperti kita lakukan sekarang ini. contohnya majlis kesyukuran, memasuki rumah baru dan sebagainya.
wassalam.i
wa'alaikumussalam
Alhamdulillah. kami akan cuba menjawab soalan sdr sa51 dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.
Memang menjadi sunnah orang Islam, jika diberi sesuatu, mereka akan mendo'akan keatas orang yang memberinya. Sebagi contoh, jika seseorang melakukan kebaikkan keatasnya, dia akan mendo'akan :
Begitu juga dengan seseorang yang dijemput berbuka dirumahnya, tetamu akan mendo'akan diberikan lagi makanan2 yang baik2 kepada tuan (host) rumah.
Riwayat dari Anas bin Malik : "Sesungguhnya Nabi :saw datang berkunjung kepada Sa'ad bin Abu Ubadah, Maka Sa'ad menghidangkan roti dan minyak tumbuh-tumbuhan (mentega) kepada beliau, maka beliau makan lalu membaca :
Umumnya tetamu (guest) mendo'akan kepada Tuan Rumah (host) :-
Begitu juga, jika kita diberi minuman, orang orang tersebut hendak memberi minuman kepada kita, kita akan berdo'a :
A'isyah ra. melapurkan bahawa Rasulullah :saw menghadiahkan seekor kambing dan mengarahkan ia di agihkan. Selepas selesai diagihkan, A'syah ra. bertanya : 'Apa yang mereka katakan'. Dia menjawab : Mereka akan berdo'a :
dan A'isyah ra. akan menjawab :
Demikianlah do'a dikembalikan dengan ucapan yang sama.
--------------
Islam begitu kaya dengan do'a2. Mereka saling mendo'akan diantara sama sama lain, samalah seperti menyampaikan dan menjawab salam. Ini merupakan sunnah Nabi :saw. Tidak perlu mengadakan upacara official (resmi) untuk melakukan do'a. Setiap tetamu boleh mendo'akan kepada Tuan Rumah tersebut, dan do'a diatas yang diajar oleh Nabi :saw sangatlah pendik dan padat. Ini lebih menampakkan keikhlasan tetamu2 yang mendo'akan. :aklam.
Lihat juga :
SJ - 2746 : [U] Adab adab / tatacara memasuki rumah/bangunan
http://al-ahkam.net/forum2/viewtopic.php?t=16184
wassalam
=========
Rujukan :
Saed bin Ali bin Wahf al-Qathaani. Hisnu al-Muslim : min Azkar wa Kitab al-sunnah.
خيرالأمين