Adaptasi oleh zain-ys dari arrahmah.com
Media Iran lancarkan fitnah, Makam Nabi Muhamad s.a.a.w akan dihancurkan oleh Arab Saudi
Kerajaan Arab Saudi merancang untuk menghancurkan makam Nabi Muhamad s.a.w yang berada di Masjid Nabawi, Madinah. Laman web Fars News Agency yang merupakan media berasal dari Iran telah dipetik oleh Kabar24, Isnin (29/10/2012), rancangan pemusnahan ini didalangi oleh Mufti Besar Arab Saudi, Abdul Aziz al-Syeikh.
Pemusnahan makam Rasulullah s.a.w. itu merupakan sebahagian dari rancangan kerajaan Arab Saudi menghancurkan seluruh tapak-tapak bersejarah Islam, termasuk Masjid Nabawi dan tiga masjid lainnya yang merupakan masjid tertua di dunia.
Sebagai gantinya, kerajaan Arab Saudi merancang untuk projek perluasan yang bernilai multi jutaan Pound Sterling, suatu rancangan yang dianggap mengejutkan umat Islam seluruh dunia.
Malah, rancangan penghancuran Masjid Nabawi di Madinah, tempat di mana Nabi Muhamad s.a.w. dimakamkan, akan mula dilaksanakan bulan depan selesai musim Haji. Kemudian, di atas tanah tapak paling bersejarah itu, kerajaan Arab Saudi akan membina bangunan terbesar di dunia yang mampu menampung 1,6 juta orang.
Raja Abdullah memang enggan memelihara warisan arkeologi paling suci untuk dunia Islam. Sudah tentu ini mendorong kemarahan umat Islam.
Sebahagian besar projek perluasan Masjid Nabawi nanti akan mengambil bahagian sayap barat dari masjid, di mana di sini terletaknya makam 2 khalifah yang juga sahabat Rasulullah s.a.w., iaitu Abu Bakar al-Siddiq dan Umar bin al-Khattab r.a.
Rancangan itu sudah dibangkitkan sejak 2007 lalu, Kementerian Urusan Islam Arab Saudi telah menerbitkan pamplet yang mengandungi rancangan penghancuran makam Rasulullah s.a.w. dan tapak bersejarah lainnya. Pamplet berkenaan disusun oleh Mufti Besar Arab Saudi, Abdul Aziz al-Syeikh. Malah, di dalam pamplet berkenaan ada menyebutkan tentang penghancuran kubah masjid dan meratakan makam Nabi Muhamad s.a.w., Abu Bakar dan Umar berdasarkan fatwa Abdul Aziz al-Syeikh.
"Diamnya kaum muslimin terhadap penghancuran Mekah dan Madinah adalah bencana dan kemunafikan terbesar," kata Irfan al-Alawi dari Yayasan Penyelidikan Warisan Islam. Irfan al-Alawi telah menghabiskan 10 tahun terakhir ini meneliti rancangan penghancuran Masjid Nabawi.
Filem tentang Nabi Muhamad baru-baru ini telah menyebabkan protes dari seluruh dunia, namun penghancuran tempat kelahiran Nabi s.a.w., di mana baginda berdoa dan menegakkan Islam justeru dibiarkan hancur tanpa kritik," tambahnya. Sebagaimana yang kami petik dari laman monitorindonesia.com
Namun ketika Sabili mendapatkan kepastian dari seorang tokoh dari Kedutaan Besar Arab Saudi, dia terus sahaja membantah. Mufti Saudi tidak pernah mengeluarkan fatwa seperti demikian itu. Berita berkenaan bersumberkan dari propaganda Iran, "Mereka dengki kerana haji tahun ini berjalan dengan sukses," katanya ringkas sebagaimana yang disiarkan Syber Sabili.com
Sebagaimana penelusuran arrahmah.com, berita mengenai rancangan penghancuran makam Nabi s.a.w., sempat heboh di dunia maya dan diharap-harapkan oleh pihak yang tidak senang terhadap Ahlus Sunnah wal Jamaah.