assalamu'alay-kum...
soklan ana adalah spt di atas...
bgmana HUKUM membuat batu nisan tersebut?
dan.. bgmana pula klau dia membuat batu nsian tu secara UMUM.. namun pada masa yg sama.. MUSYRIKIN pon beli gaks?
WA
Sumber Rujukan Islam Anda..
assalamu'alay-kum...
soklan ana adalah spt di atas...
bgmana HUKUM membuat batu nisan tersebut?
dan.. bgmana pula klau dia membuat batu nsian tu secara UMUM.. namun pada masa yg sama.. MUSYRIKIN pon beli gaks?
WA
wa'alaikumussalam.
Alhamdulillah. kami akan cuba menjawab soalan sdr VHoutenJr dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah. Harap2 VHoutenJr cuba mengelak dari berkerja didalam bidang ini pula di Perancis nanti.... (bergurau sahaja).
Batu Nisan ini dinisbahkan kepada batu penanda yang boleh ditulis diatasnya maklumat2 si-mati seperti siapa namanya, bila tarikh mati dsb. Jumhur ulama' mengatakan bahawa maklumat2 tambahan yang ditulis diatas kubur (batu nisan) ini hukumnya Makruh. Malahan ulama2 hadith mengatakan bahawa ini merupakan perkara yang terlarang sebagaimana hadith dari Ibn Jabir ra: -
äåì Ãä íÌÕÕ ÇáÞÈÑ æÃä íÞÚÏ Úáíå æÃä íÈäì Úáíå ) ÑæÇå ÇáÅãÇã ãÓáã Ýí ÕÍíÍå ¡ ÒÇÏ ÇáÊÑãÐí æÇáäÓÇÆí ÈÅÓäÇÏ ÕÍíÍ ( æÃä íßÊÈ Úáíå ) .
"Dilarang menampal dinding-dinding kubur, duduk diatasnya atau membina diatasnya, Riwayat Imam Muslim didalam Sahih; al-Tirmudzi dan al-Nasaa'i menambah dengan isnaad yang sahih : 'atau menulis diatasnya".
Sila lihat URL dibawah mengenai hukum menulis maklumat diatas kubur (menggunakan batu nisan) : -
SJ-07-0023 : Binaan atas kubur
http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=28983
SJ-07-0019 : Kubur
http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=28783
SJ - 2846 : Batu Nesan
http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=16797
Hukum menggunakan batu nisan sebagai paparan maklumat si-mati sahaja sudah khilaf didalam fiqh islami. Inikan pula hukumnya membuat tempahan2 batu Nisan keatas orang kafir.
Upacara kematian merupakan ibadat 'ritual' didalam agama Islam dan juga agama2 lain seperti Kristian, Yahudi, Buddha, Hindu dan sebagainya, dan. Umat Islam dilarang dengan sengaja menghadiri majlis 'ritual' seperti ini. Sabda Nabi :saw :-
ãä ÊÔÈå ÈÞæã Ýåæ ãäåã
"Barangsiapa yang menyerupai sesesuatu kaum, maka dia adalah salah seorang dari mereka" [Hadith riwayat Abu Daud]
Firman Allah swt :-
æóÇáøóÐöíäó áóÇ íóÔúåóÏõæäó ÇáÒøõæÑó æóÅöÐóÇ ãóÑøõæÇ ÈöÇááøóÛúæö ãóÑøõæÇ ßöÑóÇãðÇ
"Dan mereka (yang diredai Allah itu ialah orang-orang) yang tidak menghadiri tempat-tempat melakukan perkara-perkara yang dilarang dan apabila mereka bertembung dengan sesuatu yang sia-sia, mereka melaluinya dengan cara membersihkan diri daripadanya. " [al-Furqaan 25:72].
Ulama' juga mentafsirkan ayat ini merujuk kepada upacara of musyrikin. Tidak dibenarkan memberi kad, menjual kad atau apa-apa perkara yang mereka perlukan bagi sesuatu upacara seperti lampu, pokok, makanan dsb, termasuklah peralatan upacara seperti batu nisan.
Secara umumnya, umat Islam dilarang atau tidak boleh masuk campur dengan urusan kematian orang2 kufar. Cuma didalam kes mengkebumikan mayat yang tidak diuruskan oleh orang kufar sendiri, maka diperbolehkan menanam mayat tersebut; seperti didalam kes Abu Taalib yang terbunuh didalam perang Badr, Nabi :saw memerintahkan Ali ra. menanam mayat tersebut. [Fataawa al-Lajnah al-Daa’imah, 9/10]. WA.
Sekian, wassalam
خيرالأمين