SJ-07-0089 : Tindakan ketika menghadapi upacara kematian.

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-07-0089 : Tindakan ketika menghadapi upacara kematian.

Berikut adalah soalan ringkas...
Apakah pandangan AQ/sunnah bg perkara berikut.
1. Membaca AQ/Yasin semasa nazak
2. Membaca AQ/Yasin disamping jenazah

Sebagai seorang pejuang sunnah, apakah yang wajar dilakukan apabila berlaku kematian pada ahli keluarga terdekat yg disegani dimana kawasan yang didiami sudah mangli dgn amalan spt talkin, yasinan, kenduri arwah.
1. Apabila jenazah dikuburkan, rakan2 jenazah (org2 tua la) nk buat talkin. Wajarkah kita join atau leave atau halang?
2. Apabila rakan2 tersebut bertanyakan ttg tahlil dan kenduri arwah pd mlmnya, apa patut jawab?

SJ-07-0089 : Tindakan ketika menghadapi upacara kematian.

al-Jawab:

Membaca AQ dan berasapnya kemenyan adalah adat Melayu untuk menunjukkan bahawa di rumah itu berlaku kematian dan dua upacara itu diujudkan utk menimbulkan suasana kematian dan kesayuan. Lajnah Daimah dan Ifta' KSA memfatwakan amalan membaca Al-Qur:an atau Yasin itu tidak ada asalnya dalam kehidupan generasi awal. AQ adalah untuk orang hidup sedangkan orang mati sudah masuk ke alam yang lain. Jika ia terus menerus diamalkan, manusia akan beranggapan AQ adalah untuk orang mati.

Sikap pejuang sunnah Muhammad saw dalam menghadapi bid'ah janaiz ialah melihat apakah ia memiliki kemampuan (kuasa) dan apakah yang ingin dirubahnya tidak menimbulkan kekecohan di kalangan masyarakat dan kaum keluarganya. Jika dikhuatiri ada masalah, maka lebih baik dia tidak melakukan apa-apa memandangkan masyarakat belum betul2 terdedah dgn sunnah dan bid'ah.
1) Talqin bukanlah bid'ah yg mungkar, bahkan ia dianjurkan dalam madzhab Syafi'iy. Pejuang sunnah tidak berkeras dalam isu-isu yg diamalkan oleh madzhab sunni, memandangkan mereka memiliki hujah walaupun kecil atau lemah.

2) Kenduri arwah dan tahlilan memang tidak ada dasar dan tidak dianjurkan oleh madzhab yg empat pun. Jika anda memiliki kuasa dan kemampuan lebih baik dihentikan. Backlashnya ialah isu ini akan sampai kepada Imam kampung/qaryah dan sudah tentu isu wahabi dan salafi akan muncul. Maka jawapan yang baik ialah ahli keluarga perlukan masa untuk berehat dan bertenang dan membatalkan tahlil dalam sehari dua...
sekian