SJ-07-0108 : Berdoa ketika sujud dalam bahasa Melayu

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-07-0108 : Berdoa ketika sujud dalam bahasa Melayu

:salam

Ana baru mendengar ceramah daripada ustaz asri tentang persoalan bolehkan berdoa dalam bahasa Melayu sekiranya kita x arif dalam bahasa Arab.. us Maza ade menyebut ianya dibolehkan sekiranya kita x tau arab.

Jadi bolehkah sahabat2 sekelian mendetailkan lagi sekiranya ada nas dari hadith.

Syukran..

SJ-07-0108 : Berdoa ketika sujud dalam bahasa Melayu

Bismillah
Wassolatu wassalam 'ala Rasulillah SAW,

Imam Nawawi telah menjelaskan perkara yang dibenarkan terjemahan ke bahasa asing di dalam solat, ringkasannya:

1. Surah Al-Fatihah dan ayat-ayat Al-Quran tidak boleh diterjemahkan ke bahasa lain, kerana akan menghilangkan kemukjizatannya.

2. Lafaz-lafaz yang wajib seperti takbir ihram, tahiyat akhir dan selawatnya dibenarkan terjemahan bagi orang yang tidak mampu menyebut dalam arab dan tidak dibenarkan kepada orang yang mampu.

3. Ucapan-ucapan yang tidak wajib seperti doa-doa ma'thur dibenarkan terjemahan bagi orang yang tidak mampu menyebut dalam arab. Dan tidak dibenarkan kepada orang yang mampu dan terbatal solatnya jika diterjemahkan.

4. Tidak boleh mencipta doa yang tidak ma'thur kemudian disebut dengan bahasa asing dan ini membatalkan solatnya. Tetapi boleh mencipta doa dalam bahasa arab.

5. Zikir-zikir lain seperti tahiyat awal, selawatnya, tasbih rukuk dan sujud, doa qunut dan takbir-takbir perpindahan dibenarkan terjemahan bagi orang yang tidak mampu.

Dan pengarang "al-Hawi" ada menyebut: Sekiranya seseorang itu tidak boleh bahasa arab, dia boleh membaca semua zikir dengan bahasa asing. Dan jika dia boleh bahasa arab, hendaklah membaca dengannya. Jika sebaliknya dan dibaca bacaan yang wajib dengan bahasa Parsi, ini tidak dibenarkan. Dan jika bacaan itu perkara sunat seperti tasbih dan doa iftitah ia dibenarkan, tetapi dia telah melakukan perkara yang buruk.

Rujukan:
- al-Majmuk: 3/247-248.

Wallahu a3lam