:salam ,
maaf kalau soalan ini telah dijawab,
soalan saya, adakah ziarah kubur wkt dua eid adalah haram secara total?
bagaimana pula dgn mereka yang hanya dapat pulang ke kampung sekali sekala pada hari raya sahaja?
WA,
Sumber Rujukan Islam Anda..
:salam ,
maaf kalau soalan ini telah dijawab,
soalan saya, adakah ziarah kubur wkt dua eid adalah haram secara total?
bagaimana pula dgn mereka yang hanya dapat pulang ke kampung sekali sekala pada hari raya sahaja?
WA,
wa'alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, In Sya Allah.
Menziarah kubur ini adalah sunnah Nabi :saw. Cuma, Nabi :saw tidak pernah memilih hari tertentu untuk menziarah kubur. Malah, baginda pernah menziarahi kubur pada waktu malam sebagaimana hadith yang diriwayatkan oleh A'isyah ra.
Kalau memang kebetulan waktu melawat kubur itu adalah kerana sempana cuti Eid, tidaklah ia merupakan suatu kesalahan. Yang perlu dielakkan adalah menjadikan lawatan ke kubur itu satu kemestian pada hari-hari tertentu seperti hari Jumaat atau hari Eid.
Seseorang itu harus tahu apa tujuan dia menziarahi kubur. Diantaranya adalah :-
a. Menziarahi kubur mengingatkan seseorang itu akan kematian dan hari Akhirat. Sabda Nabi :saw :-
b. Mereka yang mati jua mendapat kebaikkan dari SALAM dan do'a dari orang yang melawatnya. Do'a itu hendaklah memohon Allah mengampunkan dosa-dosa dan merahmati mereka.
Seseorang yang berdo'a hendaklah mengadap mukanya kearah kiblat, dan bukan kearah kubur.
Apabila jelas niat kita untuk menziarahi kubur, dan kebetulan pula masa yang ada cuma hari Eid, maka tidaklah dilarang. WA.
Sekian, wassalam
خيرالأمين