SJ-07-0172 : Doa bersama imam serta berjemaah di rumah

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-07-0172 : Doa bersama imam serta berjemaah di rumah

Assalamualaikum,

Saya ada kemusykilan, minta maaf kalau soalan pernah dikemukakan dan dijawab.Namun soalan saya lebih berbentuk perbandingan daripada 'direct question'

1)Jika kita berjemaah, selesai berjemaah kita biasanya akan berdoa bersama-sama imam. Bolehkah kita berdoa sendirian daripada berdoa bersama-sama imam?Saya rasa berdoa bersendirian lebih baik dan afdal kerana kita faham apa yang kita mahu. Walhal, isi kandungan doa oleh imam pun kita tak faham atau kurang memahami..Kita hanya meng'amin'kan doa imam walhal kita langsung tak memahami apa yg didoakan. Bagaimana nak menghayati doa jika perkara sebegini berlaku?

2)Antara inisiatif yg. kita boleh lakukan adalah membeli buku doa-doa dari Quran dan Sunnah serta terjemahannya dan mempelajarinya sendiri. Oleh itu, kita mungkin boleh menghayati doa yg dibaca oleh imam. Namun, doa yang biasanya dibaca oleh imam masjid mungkin tidak 'standard'. Mungkin doa yang dibaca adalah gabungan doa-doa
dalam buku yang kita beli jadi nak pastikan mana satu doa yg dipetik dari buku adalah agak sukar. Dalam kes ini, baik kita doa bersendirian daripada bersama-sama imam. Kalau dah faham dan tahu doa mana yang dipetik dan dibaca oleh imam, maka kita bolehlah berdoa bersama-sama imam. Betul tak pernyataan saya ini?

3)Bolehkah kita berjemaah di rumah jika masjid adalah berdekatan (10 minit perjalanan kereta). Jika seorang anak ingin meng'imam'kan solat bersama ibu yang tua berbanding solat beramai-ramai di masjid, mana yang lebih afdal?Adakah kedua-duanya dibolehkan?

Sekian, wasalam

SJ-07-0172 : Doa bersama imam serta berjemaah di rumah

ÈÓã Çááå
æÇáÍãÏ ááå æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

1 dan 2) Jika ingin berdoa selepas sembahyang, adalah lebih baik berdoa secara sendirian. Kerana berdoa secara secara tetap dan berterusan sebagai amalan rawatib selepas setiap sembahyang fardhu tidak dinukilkan daripada amalan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dan para salaf. Apatah lagi dilakukan secara berjamaah.

Boleh dirujuki: Post subject: SJ-07-0161 : Upacara Doa Seharian
URL: http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=36826

3) Lelaki mukallaf dituntut mengerjakan sembahyang berjemaah di masjid, sebagai menegakkan syiar agama. Hukumnya samada sunat, fardhu kifayah, atau fardhu ain, menurut pendapat masing-masing.

Maka tidak perlu diraikan wanita yang ingin solat di rumah, sehingga meninggalkan tuntutan yang lebih utama iaitu berjemaah di masjid.

Kerana dalam perkara taqarrub (ibadah), tidak ada galakan melebihkan orang lain daripada kita sendiri. Sebagaimana kaedah menyebut:

áÇ ÅíËÇÑ Ýí ÇáÚÈÇÏÉ

Wallahu A'lam.