SJ-07-0186 : bacaan al-mathurat

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-07-0186 : bacaan al-mathurat

:salam

saya ingin bertanya kpd panel al-ahkam.
apakah bacaan almathurat yg dibuat selepas subuh prayer sangat digalakkan? apakah bacaan secara jemaahly lebih digalakkan berbanding individually? cara yg mana yg lebih afdal dan membawa kebaikan yg banyak? takpe kah kalau baca beberapa petikan doa saja..? adakah hassan al-Banna baca secara jemaahly?

Jazakallah kerana byk membantu saya memjawab permasalah2 dalam perlaksanaan ibadah.

SJ-07-0186 : bacaan al-mathurat

ÈÓã Çááå æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå¡ æÈÚÏ

Nabi s.a.w. telah pun mengajarkan ummatnya zikir-zikir yang sangat banyak, antaranya zikir pagi dan petang, zikir-zikir ini boleh di dapati di dalam kitab-kitab zikir atau buku yang selalu kita sebut dan galakkan supaya setiap orang memilikinya iaitu Hisnul Muslim.

Berkenaan al-Ma'thurat ia juga mengandungi zikir-zikir yang disebutkan, kebanyakkan insya allah hadis-hadis yang sahih walaupun ada yang dipertikaikan. untuk mengelakkan masalah itu maka eloklah kita miliki Hisnul Muslim. Zikir-zikir ini di baca di waktu pagi dan petang, bukan selepas subuh sahaja.

seperti yang sering dinyatakan, zikir-zikir yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. di baca secara bersendirian, individu tidak dilakukan secara Jama'iy kecuali yang diajarkan membacanya secara jemaah. adakah Imam hassan al-Banna membacanya secara Jamaiy wallahu a'lam.

tidak menjadi masalah jika anda tidak membaca keseluruhannya. mengikut keadaan dan waktu yang anda ada, tidak semestinya anda membacanya secara duduk sehinga selesai (seperti yang dilakukan sebahagian orang) , anda boleh membacanya scara berjalan, memandu kenderaan ketika ke pejabat, dimana mana sahaja.

Wallahu a'lam