SJ-08-0003 : Soalan berangkai mengenai Puasa dan Ramadhan

Primary tabs

6 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-08-0003 : Soalan berangkai mengenai Puasa dan Ramadhan

:salam
Q1. Adakah Lailatul Qadar itu jatuh pada tarikh yang sama setiap tahun atau berbeza-beza? Apa dalilnya?
Q2. Adakah boleh jika kita solat tarawikh separuh di masjid dan separuh lagi di rumah, selepas tidur untuk sambung dengan qiamulail?
Q3. Seseorang berniat untuk berpuasa sunat pada keesokan harinya. Pagi besoknya dia berniat untuk tidak jadi berpuasa, tapi belum melakukan apa-apa yang membatalkan puasanya, kemudian petang itu merasakan ingin meneruskan saja puasanya. Adakah puasanya sah?
Q4. Saya ingin tahu apakah amalan nabi semasa solat fardhu di Hari Raya,
-adakah baginda bertakbir seperti kita bertakbir selepas solat?
-adakah nabi mengamalkan wirid biasa selepas bertakbir atau terus berdoa?
-berapa harikah sepatutnya takbir disunatkan selepas solat?

Re: Soalan berangkai mengenai Puasa dan Ramadhan

:salam

Mohon maaf krn lewat sebulan dalam menjawab soalan sdr. Insya Allah saya cuba menjawabnya sekadar yg mampu.

1. Ulama' berbeza pendpt adakah lailatul qadr itu berlaku pada bil malam yg sama. Adakah ia berlaku pada malam ke 27 sptmana hadis berikut:

Berkata Zirr, "Aku telah betanya Ubay bin Kaab, " Sesungguhnya saudara kamu Ibn Mas'ud berkata, "BArangsiapa yg mengerjakan ibadat(malam Ramadhan), dia akan bertemu mlm al-qadr." Jawab Ubay, "Moga2 Allah mengampunkan Abu Abdul Rahman(Ibn Mas'ud)! Sesungguhnya dia mengetahui bhw malam al-qadr adalah mlm dalam lengkongan sepuluh malam yg terakhir dan dia adalah malam ke 27 Ramadhan. Akan tetapi dia tidak mahu orang ramai hana beribadah pada malam itu saja." Kemudian beliau bersumpah secara biasa(tanpa ucapan insya Allah), bhw masa berlakunya ialah pada malam 27 Ramadhan. Lalu aku bertanya, "Apakah alasan anda berkata demikian, wahai Abu munzir?" Jawabnya, "BErdasarkan ayat yg telah disampaikan oleh Rasulullah saw atau melalui tanda bhw matahari muncul pd pagi tersebut dalam keadaan redup."[HR Muslim dan tirmidzi]

Berdasarkan hadis di atas, jumhur ulama' mengatakan malam al-qadr berlaku pada malam ke 27 Ramadhan setiap tahun. Pendapat ini juga dipilih oleh Albani. Pendpt lain adalah berlakunya malam al-qadr pada malam yg berlainan dari satu tahun ke tahun yg lain. Pendpt ini dipengang oleh Asy-Syaukani spt yg diutarakan dalam Nailul authar.

Jalan selamat ialah memperbykkan ibadah pada malam ganjil, 10 malam terakhir dgn memberikan usaha yg lebih pada malam ke 27.

Lanjutkan bacaan sdr ke URL berikut:
SJ - 3054 : malam lailatul qadar

RUJUKAN
Tafsir al-Munir juz amma
Dr Wahbah al-Zuhaily

The Night Prayers: Qiyam & Tarawikh
Muhammad al-Jibaly
From Works by Albani and others

Fiqhus siyyam
Dr Yusuf al-Qaradhawi

Fatawa Ramadhan
Fatawa from Sheikh Utsaimin

Re: Soalan berangkai mengenai Puasa dan Ramadhan

2. Solat tarawikh adalah sunat. Ia boleh dikerjakan secara jamaah maupun bersendirian. tidak menjadi halangan utk berbuat sptmana yg sdr ingin lakukan. Hanya saja sdr tidaklah mendapat pahala berjemaah bagi yg separuh lagi.

3. Puasa sdr tidak sah atas dua sebab.

-Pada pagi sdr telah berniat utk tidak berpuasa.

daripada Umar bin AlKhathob Abi Hafsin Amirul Mukminin RA Telah berkata: Aku Dengar Rasulullah SAW bersabda : "Sesungguhnya segala amal itu dengan Niat. Dan Sesungguhnya bagi tiap tiap sesaorang itu apa yang ditujunya. Barangsiapa yang Adalah hijrahnya kepada Allah dan Rasulnya, maka hasil hijrahnya diperolehi Allah dan Rasulnya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana habuan dunia nescaya ianya akan berhasil atau hijrah nya kerana seorang perempuan yang hendak dinikahi, maka hijrahnya berhasil di dalam apa yang tersirat pada hijrahnya.[HR Bukhari]

Maka berdasarkan hadis yg masyhur di atas, puasa sdr tidak sah krn setiap amal itu bergantung pada niat.

-Batas niat pagi puasa sunat adalah sehingga tgh hari iaitu sblm matahari tergelincir. Dalilnya:

dari aisyah ra katanya, "suatu ketika Nabi saw mendatangi beberapa isterinya. Beliau bertanya, "Apakah ada makanan?" Mereka menjawab, "tidak." lalu Rasulullah saw bersabda, "Kalau begitu saya berpuasa."[HR Muslim]

Oleh krn sdr mengatakan niat ingin puasa sdr di sebelah petang, maka puasa sdr tidak dikira. WA.

Fiqhus siyyam
Dr Yusuf al-Qaradhawi

Re: Soalan berangkai mengenai Puasa dan Ramadhan

4.

Quote:
-adakah baginda bertakbir seperti kita bertakbir selepas solat?

a. Idil Fitri
Syafi'iy: sejak terbenam matahari malam hari raya hingga solat Asr hari raya pertama
Tahqeeq (Albani/Ibn Taymiyah): bermula ketika berjalan keluar dari rumah ke musyalla/mesjid dan tamat bila Imam keluar untuk memulakan solat.
b. Idil 'Adhha
Ibn Taymiyah: sejak fajar Hari Arafah hingga solat Asr hari terakhir Tasyri' (13 Z'h'jah)
(Albani, Nasiruddin Abu Abd Rahman, Solat al'Idayn) WA

------

Berdasarkan keterangan THTL di atas, takbir sunat pada bila2 masa dalam lingkugan masa yg diterangkan oleh ust THTL di atas. Adapun khusus selepas solat, Sheikhul Islam Ibn taimiyyah ada menyebut kalimah selepas solat fardhu merupakan sunnah(fatawa 24:220)

Setelah meneliti Fiqh Islami dan fiqh manhaji, secara umumnya, jumhur fuqaha' mengatakan sunat bertakbir selepas solat. dalilnya:

Daripada Ali dan Ammar ra, "Rasulullah saw bertakbir pd hari Arafah; selepas solat Subuh dan menghentikanna selepas Asar di akhir hari2 tasyrik.[HR al-Hakim]

Namun, muhammad al-Jibaly mengatakan tidak ada dalil khusus mengenai bertakbir selepas solat. Hanya saja ia sunat pada bila2 masa dalam lingkungan masa tertentu. WA.

Quote:
-adakah nabi mengamalkan wirid biasa selepas bertakbir atau terus berdoa?
Re: Soalan berangkai mengenai Puasa dan Ramadhan

Quote:
-berapa harikah sepatutnya takbir disunatkan selepas solat?

Jangkamasa disunatkan takbir raya telah dijelaskan di atas. Begitu juga mengeai takbir raya setelah solat fardhu.

sekian. WA.

:wassalam

Celebrations in Islam: in the light of the Qur'an, the sunnah and the guidance of the salaf.
Muhammad al-Jibaly

re: SJ-08-0003 : Soalan berangkai mengenai Puasa dan Ramadha

Assalamu'alaikum

Alhamdulillah. Terima kasih Ustaz Gayat diatas jawapan diatas. Cuma pesanan kami ialah, untuk memudahkan soalan dijawab oleh moderator, diharap penyoal semua dapat membahagikan soalan-soalan kepada beberapa thread yang lain (lagi baik, satu thread satu soalan), Insyaallah.

Ini adalah url link kepada jawapan SJ - 3054 : malam lailatul qadar yang baru :-

url : http://www.al-ahkam.com.my/forum2/viewtopic.php?t=19890

wassalam.

خيرالأمين