SJ-08-0013 : Tahiyat awal dalam tarawih?

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-08-0013 : Tahiyat awal dalam tarawih?

assalamualaikum,
saya ingin bertanya..
bolehkah sekiranya tahiyat untuk solat tarawih dibuat seperti bacaan tahiyat awal solat biasa?

Re: SJ-08-0013 : Tahiyat awal dalam tarawih?

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba mejawab soalan sdr qwer dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Kaifiat Solat tarawih sama sahaja hukumnya dengan mana-mana solat, terutama solat yang mempunyai 2 rakaat, seperti subuh. Persoalan disini ialah, SAH kah solat pada tashahud akhir hanya dengan membaca bacaan tashahud awal? Sebelum itu elok juga kita melihat stuktur shigah/bacaan tahiyat :-

ÇáÊÍíÇÊ ááå¡ æÇáÕáæÇÊ¡ æÇáØíÈÇÊ¡ ÇáÓáÇã Úáì ÇáäÈí æÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊå¡ ÇáÓáÇã ÚáíäÇ æÚáì ÚÈÇÏ Çááå ÇáÕÇáÍíä¡ ÃÔåÏ Ãä áÇ Åáå ÅáÇ Çááå¡ æÃÔåÏ Ãä ãÍãÏ ÚÈÏå æÑÓæáå
Transliterasi : "Al-tahiyyaatu Lillaahi wa’l-salaawaatu wa’l-tayyibaat. Al-salaamu 'alayka ayyuha’l-Nabiyyu wa rahmat-Allaahi wa barakaatuhu. Al-salaamu ‘alayna wa ‘ala ‘ibaad-Illaah il-saaliheen. Ash-hadu an laa ilaaha ill-Allaah wa ash-hadu anna Muhammadan ‘abduhu wa rasooluhu "

Bacaan tashahud berakhir dengan ucapan syahadah. Apakah hukum solat yang tidak membaca selawat keatas Nabi? Menurut Imam Al-Nawawi rh, Ibn Qayyim rh dan lain-lain, hukum kedudukan selawat keatas Nabi pada tashahud akhir ada tiga pandangan [Majmu' fatawa bin Baaz, 4/237-238]:-

1. Hukumnya fardu - tidak boleh di ganti dengan sujud sahwi. Ini merupakan pandangan Ibn Mas'ud, Abu AMs'ud al-Ansari, Mazhab Syafie, pandangan mashyur dari Imam Ahmad.

2. Hukumnya wajib - Meninggalkan dengan sengaja batal solat. Ini merupakan pandangan Mazhab Ahmad seperti yang dilaporkan didalam al-Mughni.

3. Hukumnya sunat - tidak mengapa jika meninggalkannya secara mutlak. Ini merupakan pandangan Mazhab Maliki dan Hanafi.

Menurut Dr Wahabah Zuhaily, bagi Mazhab Syafie dan Hanbali, paling kurang selawat didalam tashahud akhir adalah [al-Fiqh al-Islami, 1/670] :-

Çááåã Õá Úáì ãÍãÏ
Transliterasi :Allaahumma salli ‘ala Muhammad

Manakala selawat keatas keluarga Nabi saw hukumnya sunat. Kesimpulannya jika bacaan tashahud anda disertai dengan selawat keatas Nabi saw sahaja, maka solat terawih tersebut dikira sah. WA.

wassalam
=========
Rujukan :

1. Majmu' Fatawa Samaahah Al-Syiekh Abdul Aziz bin Baaz - Jld 4. susunan Abu Muhammad Abdullah al-Thiyaar. Riyad : Dar al-Watan, 1996.

2. Dr Wahbah al-Zuhaily. al-Fiqh al-Islami wa adillatuh - Jld 1. cetakan ke 3. Damsyik : Dar al-Fikr, 1989.

خيرالأمين