SJ-08-0080 : kenapa kita puasa 30hari???

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-08-0080 : kenapa kita puasa 30hari???

tolong jelaskan,mengapa tanah arab,eropah.africa,australia puasa 29 hr???
mcm mane kiraan sebenar???

SJ-08-0080 : kenapa kita puasa 30hari???

ÈÓã Çááå
æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

- Syarak mewajibkan puasa selama SEBULAN. Di dalam kalendar Islam, sebulan boleh berlaku 30 hari dan boleh berlaku 29 hari. Sebagaimana sabit dalam hadis Nabi: "Sebulan adalah begini, begini, begini, dan sebulan begini, begini, begini." Yakni: sekali 29, dan sekali 30.
HR: Bukhari (no: 1804) dan Muslim (no: 1080).

- Untuk menentukan samada 29 atau 30, syarak menjadikan rukyah (nampak anak bulan) sebagai tandanya. Sebagaimana hadis "Berpuasalah apabila melihatnya (anak bulan) dan berbukalah (hari raya) apabila melihatnya". HR Bukhari (no: 1810) dan Muslim (no: 1081).

- Jadi, perbezaan antara 29 dan 30 antara negara2 di dunia berlaku kerana:
1) ada setengah negara anak bulan kelihatan, dan di sesetengahnya tidak kelihatan.
2) atau: ada sesetengah negara yang menggunakan rukyah (anak bulan), dan sesetegahnya menggunakan falak. Kemungkinan, boleh berbeza natijahnya.
3) atau: ada golongan yang menjadikan Makkah (KSA) sebagai ikutan, Kalau Makkah 29, maka diorang pakai 29, kalau di Mekah 30, diorang pakai 30. Di Indonesia, banyak berlaku begini.

Wallahu A'lam.