SJ-08-0101 : bayar fidyah + ganti puasa sekali?

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-08-0101 : bayar fidyah + ganti puasa sekali?

:salam:

Saya ada kemusykilan mengenai bab puasa, ibu sahabat saya telah meninggal 3 tahun lepas, tetapi telah sakit dan uzur 2 tahun sebelumnya dan tidak larat utk puasa. Persoalannya ialah:

1. jika jika anak2 nak gantikannya bolehkah dibahagi2kan cth 60 hari bahagi 6 org anak, yakni setiap sorang ganti 6 hari?

2. jika kita bayar fidyah? adakah anak2 still kena puasa juga? yakni bayar fidyah+ganti puasa? atau just bayar fidyah so tak payah ganti puasa.

harap panel al-ahkam dpt memberikan sedikit pencerahan.

wassalam

SJ-08-0101 : bayar fidyah + ganti puasa sekali?

wa'alaikumusaalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, In Sya-Allah.

Qadha' puasa bagi mereka yang telah meninggal dunia ini ada 2 keadaan :-

a. Seseorang yang belum sempat mengganti puasanya oleh kerana dia berada didalam keuzuran ketika itu seperti sakit, atau musafir, maka jumhur ulama' mengatakan, dia tidak memikul apa-apa tanggungan dan tidak dikira berdosa. Dengan kata lain, tidak perlu qadha' puasa, kerana baginya, puasa adalah sesuatu kefarduan yang belum sempat ditunaikannya.

b. Jika dia mati dalam keadaan dia boleh mengerjakan puasa ganti, didalam hal ini kebanyakkan ulama' mengatakan walinya tidak wajib menggantikan puasanya. Bagi Qaul Jadid Mazhab Syafie, tidak boleh seseorang itu menggantikan puasa orang lain, sama seperti solat. Menurut Mazhab Hanbali, hukum menggantikan puasa bagi waris adalah sunat ataupun mustahab (digalakkan). Menurut Mazhab Syafie (Qaul Jadid) dan Mazhab Hanbali, Wali wajib memberi makan bagi setiap puasa yang ditinggalkannya dengan secupak makanan [al-Fiqh al-Islami, cet ke 3, 2/681].

Soalan 1 : Hadith dari 'Aisyah ra :-

ãä ãÇÊ æÚáíå ÕíÇã¡ ÕÇã Úäå æáíå
dir="ltr">"Barangsiapa yang mati dan masih menanggung puasa, maka berpuasalah bagi pihak oleh walinya" -[Hadith Muttafaq 'alaih, al-Lu'lu' wa al-Marjan, ms 704].

Syiekh Dr Yusuf al-Qaradhawi menjelaskan bahawa pewaris hanyalah sunat atau mustahab mengqadha'kan bagi pihak ibu atau bapa yang telah meninggal. Waris itu termasuklah anak-anak yang bersedia berpuasa bagi pihak ibu-bapanya. Sebagaimana yang dinyatakan, jika dibahagi-bahagikan puasa yang terhutang sebanyak 60 hari dengan 6 orang anak, maka setiap anak bolehlah melakukan 10 hari puasa qadha' bagi pihak ibu-bapanya.

Soalan 2 : Sebagaimana yang kami nyatakan diatas, maka bolehlah membayar fidyah keatashari-hari yang ditinggalkannya. Berkata Syiekh al-Qaradawi :-

æÅãÇ ÈÇáÅØÚÇã Úäå¡ Ãí ÈÅÎÑÇÌ ØÚÇã ãÓßíä ãä ÊÑßÊå æÌæÈðÇ¡ Úä ßá íæã ÝÇÊå áÃäå Ïóíúä ááå¡ ÊÚáÞ ÈÊÑßÊå¡ æÏóíúä Çááå ÃÍÞ Ãä íÞÖì.
dir="ltr">"Boleh memberi makan kepada fakir miskin bagi pihak si-mati, dengan menggunakan harta peninggalannya, sebanyak hari2 yang ditinggalkannya, dengan dalil bahawa hutang kepada Allah dibayar dengan peninggalannya (hartanya), hutang kepada lebih berhak dibayarkan". [Fiqh al-Shiyaam, ms 76].

Jawatan Kuasa tetap fatwa Arab Saudi pernah ditanya mengenai seorang wanita tua yang tida berupaya berpuasa didalam bulan Ramadhan. Wanita tersebut berkeadaan terlalu tua dan sakit selama 3 tahun. Apa yang perlu dilakukan? Jawabnya :

ÅÐÇ ßÇä ÇáæÇÞÚ ßãÇ ÐßÑÊ æÌÈ ÚáíåÇ Ãä ÊØÚã Úä ßá íæã ÃÝØÑÊå ãä ÑãÖÇä Ýí ÇáÓäæÇÊ ÇáËáÇË ãÓßíäÇ ¡ ÊØÚãå äÕÝ ÕÇÚ ãä ÈÑ Ãæ ÊãÑ Ãæ ÃÑÒ Ãæ ÐÑÉ Ãæ äÍæ Ðáß ããÇ ÊØÚãæä Ãåáíßã
dir="ltr">"Jika begitu situasi yang dijelaskan, wanita tersebut wajib memberi makan kepada orang miskin pada setiap hari yang dia tidak berpuasa pada bulan Ramadhan pada masa 3 tahun tersebut, dengan memberi 1/2 saa' gandum, kurma, beras, jagung atau apa sahaka makanan ruji (asasi) yang anda memberi makan kepada keluarga." - [al-Lajnah al-Daa'imah 10/161].

Kesimpulannya, hendaklah membayar fidyah sebanyak hari yang ditinggalkan, dan tidak perlu lagi mengqadha'kan puasa tersebut. WA.

Sekian, wassalam

خيرالأمين