Oleh zain-ys (Berdasarkan syarah Sahih Muslim Maulana Mohd Asri)
Bab: Menyatakan Orang Yang Mati Di Atas Kekufuran Itu Akan Berada Dalam Neraka, Tidak Akan Mendapat Syafaat Serta Tidak Berguna Hubungan Kerabat Dengan Orang-orang Yang Hampir Dengan Allah
Dari Anas r.a. bahawa ada seorang lelaki berkata: “Wahai Rasulallah, ayahku berada di mana?” Nabi s.a.w. menjawab: “Di dalam neraka.” Apabila lelaki itu berpaling pergi, Baginda s.a.w., memanggilnya lalu bersabda: “Sesungguhnya ayahku dan ayahmu di dalam neraka.”
باب بَيَانِ أَنَّ مَنْ مَاتَ عَلَى الْكُفْرِ فَهُوَ فِي النَّارِ وَلاَ تَنَالُهُ شَفَاعَةٌ وَلاَ تَنْفَعُهُ قَرَابَةُ الْمُقَرَّبِينَ
حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ، حَدَّثَنَا عَفَّانُ، حَدَّثَنَا حَمَّادُ بْنُ سَلَمَةَ، عَنْ ثَابِتٍ، عَنْ أَنَسٍ، أَنَّ رَجُلاً، قَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَيْنَ أَبِي قَالَ "فِي النَّارِ" . فَلَمَّا قَفَّى دَعَاهُ فَقَالَ "إِنَّ أَبِي وَأَبَاكَ فِي النَّارِ"
Penjelasan ٌRingkas
PERTAMA: Imam al-Nawawi dalam Syarah Sahih Muslim mengatakan:
فيه أن من مات على الكفر فهو في النار ولا تنفعه قرابة المقربين وفيه أن من مات في الفترة على ما كانت عليه العرب من عبادة الأوثان فهو من أهل النار وليس هذا مؤاخذة قبل بلوغ الدعوة فإن هؤلاء كانت قد بلغتهم دعوة إبراهيم وغيره من الأنبياء صلوات الله تعالى وسلامه عليهم وقوله صلى الله عليه وسلم إن أبي وأباك في النار هو من حسن العشرة للتسلية بالاشتراك في المصيبة
Terjemahan: Di dalam hadis ini ada pengajaran bahawa sesiapa yang mati dalam kufur, maka dia akan ke neraka. Kaum kerabat yang hampir dengan Allah tidak bermanfaat kepadanya. Dalam hadis ini juga ada pengajaran bahawa sesiapa yang mati dalam tempoh fatrah (zaman tidak diutus rasul), sedangkan dia mengikut cara Arab dengan menyembah berhala, maka dia adalah ahli neraka. Ini tidak bermakna mereka yang tidak sampai seruan dakwah diambil kira salah dan silap mereka, kerana mereka telah sampai seruan dakwah Nabi Ibrahim dan Nabi-nabi lainnya a.s. Manakala sabda Baginda s.a.w. (Sesungguhnya ayahku dan ayahmu di dalam neraka..) adalah untuk baik pergaulan agar terhibur hati kerana sama-sama ditimpa musibah.
KEDUA: Ada kemungkinan imam al-Nawawi juga berpendapat bahawa ayah dan ibu Nabi s.a.w. masuk neraka. Mulla Ali Qari di dalam Syarah Misykat berpendapat ayah dan ibu Nabi s.a.w. masuk neraka.
KETIGA: Masalah: Bagaimana dengan hadis-hadis yang menceritakan bahawa ayah dan ibu Nabi s.a.w. akan dibangkitkan semula kemudian beriman?
Jawab: Mulla Ali Qari di dalam Al-Asrar al-Marfu'ah Fil Akhbar al-Maudhu'ah mengatakan, hadis-hadis berkaitan ibubapa nabi dibangkitkan semula kemudian beriman adalah maudhu’.
KEEMPAT: Imam Jalalludin al-Sayuthi ada menulis sebuah kitab Pendapat Para Ulama Tentang Ibubapa Nabi s.a.w. Yang Dihidupkan. Di dalamnya beliau mempertahankan hadis-hadis berkaitan ibubapa Nabi s.a.w. dihidupkan dengan mengatakan ia tidak sampai taraf maudhu’.
KELIMA: Para ulama Asya’irah yang mempertahankan keimanan ibubapa Nabi s.a.w. tidak menggunakan hadis riwayat Muslim ini, tetapi mereka menggunakan hujah-hujah lain, antaranya ialah:
وَمَا كُنَّا مُعَذِّبِينَ حَتَّىٰ نَبْعَثَ رَسُولًا ﴿الإسراء: ١٥﴾
Terjemahan: Dan tiadalah Kami mengazabkan sesiapapun sebelum Kami mengutuskan seorang Rasul (untuk menerangkan yang benar dan yang salah). (Al-Isra’: 15)
KEENAM: Maulana Shabbir Ahmad Usmani (6 October 1886 - 13 December 1949) dalam Fathul Mulhim syarah Sahih Muslim ada menyatakan bahawa al-Qurtubi ada membawa riwayat-riwayat yang mengatakan ibubapa Nabi s.a.w. akhirnya masuk syurga dengan syafaat Baginda s.a.w. Dan hadis ini nyatakan sebagai hadis yang sahih. Ibnu Nashiruddin al-Syami juga mengatakan hadis ini sahih.
Persoalannya: Bagaimana dengan hadis sahih Muslim yang menyatakan ibubapa Baginda s.a.w. masuk neraka?
Jawab: Hadis berkenaan adalah sebelum Baginda s.a.w. tahu bahawa ibubapanya masuk syurga atas syafaatnya.
KELAPAN: Perkara ini adalah khilaf antara para ulama. Semua mereka tidak kira apapun pegangannya dalam hal ini adalah masih termasuk di kalangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah.
Video: Penjelasan oleh Maulana Mohd Asri Yusoff
{youtube}UGQj2IX2w4E{/youtube}