SJ-08-0102 : Pengagihan Fidyah Lewat...

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-08-0102 : Pengagihan Fidyah Lewat...

:sakam

Moga kita dirahmati Allah...

Soalan mengenai pengagihan fidyah...

Individu terbabit telah membayar fidyah diatas keuzuran mengantikan puasanya...pembayaran fidyah tersebut telah dibuat di pejabat Majlis Agama Islam Negeri (MAIN)...dan pihak MAIN telah membeli beras fidyah hasil dari jumlah pembayaran individu tersebut....maka jadilah MAIN sebagai pihak yang menguruskan urusan fidyah tersebut untuk diagihkan kepada pihak fakir miskin...pembayaran tersebut dilakukan sebelum kedatangan Ramadhan yang akan datang

Soalannya...

1) Adakah pembayaran fidyah tersebut perlu dilakukan pada tahun sebelum kedatangan Ramadhan mendatang???

2) Apakah hukumnya kelewatan membayar fidyah sehingga ke beberapa tahun??

3) Adakah menjadi satu kesalahan kepada pihak MAIN melewat2kan pengagihan fidyah tersebut kepada pihak fakir miskin sehingga masuk Ramadhan mendatang???Apakah hukum kelewatan tersebut???..

4) Adakah dibolehkan pihak MAIN mengagihkan fidyah tersebut pada Ramadhan mendatang...sedangkan individu terbabit membayar sebelum dr kedatangan Ramadan??adakah ia menjadi satu kesalahan dan melanggar hukum???

Mohon pencerahan...terima kasih....:wassalam

SJ-08-0102 : Pengagihan Fidyah Lewat...

ÈÓã Çááå¡ æ ÇáÍãÏ ááå¡ æ ÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå¡ æÈÚÏ:

Pertamanya kami memohon maaf di atas kelewatan menjawab persoalan ini.

Soalan 1 dan 2:

Apa yang jelas ialah , puasa yang ditinggalkan hanyalah disuruh untuk diqadhakan sahaja tanpa perlu membayar fidyah.Ini sebagaimana firman Allah swt dalam surah Al-Baqarah ayat 184 :

ÃóíøóÇãðÇ ãóÚúÏõæÏóÇÊò Ýóãóäú ßóÇäó ãöäúßõãú ãóÑöíÖðÇ Ãóæú Úóáóì ÓóÝóÑò ÝóÚöÏøóÉñ ãöäú ÃóíøóÇãò ÃõÎóÑó æóÚóáóì ÇáøóÐöíäó íõØöíÞõæäóåõ ÝöÏúíóÉñ ØóÚóÇãõ ãöÓúßöíäò Ýóãóäú ÊóØóæøóÚó ÎóíúÑðÇ Ýóåõæó ÎóíúÑñ áóåõ æóÃóäú ÊóÕõæãõæÇ ÎóíúÑñ áóßõãú Åöäú ßõäúÊõãú ÊóÚúáóãõæäó

(yaitu) dalam beberapa hari yang tertentu. Maka barangsiapa diantara kamu ada yang sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. Dan wajib bagi orang-orang yang berat menjalankannya (jika mereka tidak berpuasa) membayar fidyah, (yaitu): memberi makan seorang miskin. Barangsiapa yang dengan kerelaan hati mengerjakan kebajikan maka itulah yang lebih baik baginya. Dan berpuasa lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.

Ayat di atas dengan jelas menyebutkan bahawa puasa yang ditinggalkan wajib diqadha dan bagi sesiapa yang tidak mampu /uzur dalam melaksanakannya , barulah disuruh untuk membayar fidyah , iaitu memberi makan kepada kepada orang miskin.Malahan ianya juga dijelaskan dalam hadis-hadis Rasulullah saw.

Maka persoalan tentang waktu pembayaran fidyah itu tidak dapat kami temui sepanjang pencarian kami.Ini kerana , apa yang disyarakkan ialah wajib mengqadhakan puasa tanpa perlu membayar fidyah bagi golongan yang berkemampuan untuk berpuasa dan inilah pendapat yang dipilih dan dipegang oleh Imam Bukhari dalam kitab sahihnya serta kebanyakan ulama muhaqqiqin.

Walaubagaimana pun , sekiranya saudara berpegang dengan pendapat yang menyuruh membayar fidyah , maka saudara bolehlah membayarnya pada bila-bila masa tanpa terikat dengan tahun-tahun tertentu….Wa Allahu A’lam.

Soalan 3 dan 4 :

Berkenaan dengan persoalan ini pula , apa yang jelas tugas dan tanggungjawab saudara membayar fidyah adalah di anggap telah selesai.Ini kerana saudara membayarnya kepada suatu badan / pusat yang dilantik oleh pemerintah seperti MAIN.Maka apa-apa yang berlaku selepas daripada pembayaran tersebut tidaklah menjadi beban tanggungan pada pihak saudara.

Apa yang jelas , pihak MAIN berhak untuk menentukan bentuk dan waktu pengagihan fidyah tersebut berdasarkan kepada budi bicara MAIN dan kemaslahatan yang perlu diambil kira.

WA

الراجي رحمة ربه الجوّاد http://aljawhar.wordpress.com