Assalamualaikum Di sini saya ada beberapa soalan
1.Apakah hukum melakukan onani dengan sengaja di bulan ramadan.Adakah kena ganti puasanya?
2.Dahulu saya ada meninggalkan puasa dengan sengaja di bulan ramadan .Jadi kini apa yang perlu saya buat.Adakah saya kena ganti dan bayar fidyah.Bagaimana jika saya sudah lupa berapa hari yang saya tinggalkan dan tak ingat tahun bila ?
3.Dulu saya ada membuat beberapa nazar untuk menderma sejumlah wang, tapi saya sudah tak ingat berapa jumlah wang yang saya niatkan untuk didermakan ,dan tak ingat juga berape ringgit yang saya sudah dermakan.
1. Tentang hukum batal puasa dan wajib qadha' telah dijawab oleh Tuan Sifoo:
000007: SJ-Puasa: Puasa: Onani apakah mewajibkan kaffarah?
http://www.al-ahkam.net/home/content/000007-sj-puasa-puasa-onani-apakah-mewajibkan-kaffarah
2. Masalah tidak ingat berapa hari yang ditinggalkan puasa, hendaklah diselesaikan dengan cara berusaha dan berijtihad mengira harinya. Sehingga saudara meyakini atau menyangka dengan sangkaan yang kuat berapa hari yang telah ditinggalkan. Supaya dapat diqadha'kan hutang Allah dengan bilangan yang yakin.
Masalah fidyah, boleh rujuk:
SJ-08-0047 : Fidyah Kepada Fakir & Miskin
http://www.al-ahkam.net/home/content/sj-08-0047-fidyah-kepada-fakir-miskin
3. Masalah lupa berapa banyak wang yang dinazarkan untuk disedekah, juga mesti diselesaikan dengan cara bersungguh-sungguh mengira dan mengagak jumlahnya. Cukup dengan sangkaan yang kuat tentang jumlah yang dinazarkan.
Kemudian, selepas mendapat keputusan berapa jumpah yang dinazarkan dahulu, contohnya RM 500, maka ditolak dengan berapa RM yang telah disedekahkan.
Jika lupa berapa jumlah yang telah disedekahkan, ambil jumlah paling minimum yang saudara yakin telah disedekahkan.
Wallahu A'lam.
http://abuumair1.wordpress.com