SJ-08-0125 : Batuk, Bersin semasa solat dan puasa

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-08-0125 : Batuk, Bersin semasa solat dan puasa

:salam

Semasa batuk dan bersin kita banyak rembeskan air liur ke dalam mulut...

1- Sekiranya batuk/bersin semasa solat perlu ke berhentikan solat untuk berkumur dengan air mutlak sebelum mula solat balik? Takut tertelan air liur yg asalnya bukan dari mulut.

Begitu juga semasa puasa, perlu ke berkumur dengan air mutlak ?

2- Bagaimana sekiranya di dalam solat, sekiranya ada makanan di mulut dan kita ludahkan, boleh ke telan air liur selepas tu, sebab mulut dah berperisa makanan tadi

3- Begitu juga contohnya sebelum solat makan kurma seketul, wajib ke berkumur dengan air mutlak? Atau sekadar minum air kosong segelas dan terus mula solat?
Boleh ke lepas makan kurma terus je solat?

Re: Batuk, Bersin semasa solat dan puasa

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

1. Batuk dan bersin adalah dua aktiviti refleks yang normal bagi tubuh manusia. Ia tidak menjejaskan solat dan tidak perlu berhenti solat untuk berkumur. Begitu juga tertelan air liur dalam solat tidaklah membatalkan solat.

Kata Imam Nawawi, "Jika tertelan sesuatu yang tidak dapat dikawal, contohnya air liur tertelan dengan membawa sisa makanan tanpa sengaja, maka tidak membatalkan sembahyang dengan sepakat". (Majmuk 4/89-90)

Begitu juga halnya dengan puasa. Ia dimaafkan.

2. Sudah terjawab dalam jawapan no: 1.

3. Sebaik-baiknya selepas makan, hendaklah berkumur-kumur dahulu sebelum masuk sembahyang. Sebagaimana sabit dalam hadis Suwaid bin al-Nukman dalam kisah Peperangan Khaibar, baginda makan di satu tempat bernama al-Sahba'. Lalu sebelum sembahyang baginda berkumur-kumur dan para sahabat juga berkumur-kumur. Lihat Sahih Bukhari (hadis no: 2819)

Wallahu A'lam.