SJ-09-0002 : Haji

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-09-0002 : Haji

Assalamu'alaikum,

Boleh tak seseorang menunaikan haji pada hal ia masih lagi ada pinjaman kereta dan pinjaman2 lain dengan pihak bank. Walau bagaimanapun pinjaman2 itu dibayar mengikut jadual yang ditetapkan.

Sekian, terima kasih.

Re: SJ-09-0002 : Haji

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdre walid_izza yang kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Kemampuan merupakan pra-syarat (syarat wajib) kepada kefarduan menunaikan ibadat Haji. Firman Allah swt :-

æóáöáøóåö Úóáóì ÇáäøóÇÓö ÍöÌøõ ÇáúÈóíúÊö ãóäú ÇÓúÊóØóÇÚó Åöáóíúåö ÓóÈöíáÇ
"Mengerjakan haji adalah kewajiban manusia terhadap Allah, bagi mereka yang berkemampuan pergi ke Baitullah" - [Aal ‘Imraan 3:97]

Kemampuan (ÇáÇÓÊØÇÚÉ) ini termasuklah kemampuan fizikal (sihat tubuh badan) dan juga kewangan. Kemampuan kewangan bermakna mempunyai cukup wang untuk pergi ke Mekah, dan meinggalkan wang yang mencukupi untuk perbelanjaan mereka yang dibawah tangunggannya (diwaktu pemergiannya) sehingga dia pulang dari menunaikan haji. Dia juga hendaklah bebas dari hutang yang berbentuk kewangan, hutang dengan Allah; iaitu kifarat dan juga meminjam hak orang lain (eg: hutang pribadi).

Bagi mereka yang mempunyai pinjaman jangka panjang yang berjadual eg: membayar melalui potongan gaji bulanan, ia tidak menghalang baginya untuk menunaikan haji jika dia menepati syarat kemampuan seperti diatas. Perlu dipastikan tidak berlaku sebarang permasalahan (tidak terjejas bayaran berjadualnya) semasa dia sedang menunaikan fardu Haji.

Berikut kami petik fatwa yang bernombor 2353 dari Lajnah a-Daa'imah yang berkaitan dengan masalah sdr :-

ÃÎÐÊ ãä ÇáÈäß ÇáÚÞÇÑí ãÈáÛÇð ÞÏÑå ãÇÆÊÇä ææÇÍÏ æÎãÓæä ÃáÝ æÊÓÚãÇÆÉ ÑíÇá íÏÝÚ ÃÞÓÇØÇð ÓäæíÉ ¡ åá íÍÞ áí Ãä ÃÍÌ æåÐÇ ÇáãÈáÛ Úáí ááÈäß ÇáÚÞÇÑí ¿.

ÇáÌæÇÈ:

ÇáÍãÏ ááå
ÇáÇÓÊØÇÚÉ Úáì ÇáÍÌ ÔÑØ ãä ÔÑæØ æÌæÈå ¡ ÝÅä ÞÏÑÊ Úáíå æÚáì ÏÝÚ ÇáÞÓØ ÇáãØáæÈ ãäß Ííä ÇáÍÌ áÒãß Ãä ÊÍÌ ¡ æÅä ÊæÇÑÏÇ Úáíß ÌãíÚÇð æáÇ ÊÓÊØíÚåãÇ ãÚÇð ÝÞÏã ÊÓÏíÏ ÇáÞÓØ ÇáÐí ÊØÇáÈ Èå ¡ æÃÎÑ ÇáÍÌ Åáì Ãä ÊÓÊØíÚå º áÞæá Çááå ÓÈÍÇäå æÊÚÇáì : ( æááå Úáì ÇáäÇÓ ÍÌ ÇáÈíÊ ãä ÇÓÊØÇÚ Åáíå ÓÈíáÇð ) Âá ÚãÑÇä / 97 .
æÈÇááå ÇáÊæÝíÞ .


"Soalan : Saya mengambil pinjaman bank sebanyak 251,000 riyal untuk membeli harta-tanah melalui pembayaran ansuran tahunan, Apakah saya berhak untuk pergi Haji dimasa saya masih meninjam dari bank?

Jawapan : Alhamdulillah. Kemampuan untuk menunaikan Haji merupakan salah satu dari syarat wajib, maka jika anda mampu mengerjakannya (Haji) dan berupaya membayar ansuran tersebut semasa waktu megerjakan haji, maka ada wajibkan untuk anda pergi. Dan jika anda tidak dapat membayar ansuran dan pergi menunaikan haji sekali, maka anda hendaklah memberi keutamaan membayar ansuran yang telah sampai masa pembayarannya, dan menangguh Haji sehingga anda mampu menunaikannya, kerana Allah swt berfirman : "Mengerjakan haji adalah kewajiban manusia terhadap Allah, bagi mereka yang berkemampuan pergi ke Baitullah". Dan Allah merupakan sumber kekuatan." - [Al-Lajnah al-Daa’imah li al-Buhooth al-‘Ilmiyyah wa al-Ifta', 11/45 ]

WA, wassalam
==============
Rujukan :

1. Fataawa Al-Lajnah al-Daa’imah li al-Buhooth al-‘Ilmiyyah wa al-Ifta' - 11. susunan Syeikh Ahmad bin Abdul Razak al-Dauwish. cetakan ke 3. Riyad : Daar al-Mu'ayyad, 2000. ms 45.

خيرالأمين