A'kum ust,soalan saya begini :
Dalam keadaan bagaimana kita hendak tahu samada diri sesuai buat haji tamatuk atau ifrad? Adakah semua jemaah dalam satu penerbangan yang sama akan lakukan jenis haji yg sama juga atau masing-masing memilih ikut kesesuaian?
sekian, assalamualaikum.
wa'alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.
Disini ingin saya memetik sebuah buku yang diterbitkan secara percuma oleh Lembaga Penyelidikan Ilmiah dan fatwa (al-Lajnah al-Daa'imah) Arab Saudi dibawah bimbingan pada masa tersebut Mufti Besarnya, Syiekh Muhammad bin Saleh al-Utsaimin yang berjudul Dalil al-Haaj wa al-Mu'tamar :-
ÇáÊãÊÚ: åæ ÇáÅÍÑÇã ÈÇáÚãÑÉ Ýí ÃÔåÑ ÇáÍÌ (ÔæÇá æÐæ ÇáÞÚÏÉ æÚÔÑ ãä Ðí ÇáÍÌÉ) æíÝÑÛ ãäåÇ ÇáÍÇÌ Ëã íÍÑã ÈÇáÍÌ ãä ãßÉ Ãæ ÞÑÈåÇ íæã ÇáÊÑæíÉ Ýí ÚÇã ÚõãÑÊå.
ÇáÞÑÇä: æåæ ÇáÅÍÑÇã ÈÇáÚãÑÉ æÇáÍÌ ãÚÇð æáÇ íÍá ãäåãÇ ÇáÍÇÌ ÅáÇ íæã ÇáäÍÑ Ãæ íõÍÑã ÈÇáÚãÑÉ Ëã íÏÎáå ÚáíåÇ ÞÈá ÇáÔÑæÚ Ýí ØæÇÝåÇ.
ÇáÅÝÑÇÏ: æåæ Ãä íõÍÑã ÈÇáÍÌ ãä ÇáãíÞÇÊ Ãæ ãä ãßÉ ÅÐÇ ßÇä ãÞíãÇð ÈåÇ Ãæ ÈãßÇä ÂÎÑ Ïæä ÇáãíÞÇÊ Ëã íÈÞì Úáì ÅÍÑÇãå Åáì íæã ÇáäÍÑ ÅÐÇ ßÇä ãÚå åÏíõ ÝÅä áã íßä ãÚå åÏíõ ÔõÑÚ áå ÝÓÎ ÍÌå Åáì ÇáÚãÑÉ ÝíØæÝ æíÓÚì æíÞÕÑ æíÍá ßãÇ ÃãÑ Èå ÇáäÈí Õáì Çááå Úáíå æÓáã ÇáÐíä ÃÍÑãæÇ ÈÇáÍÌ æáíÓ ãÚåã åÏí. æåßÐÇ ÇáÞÇÑä ÅÐÇ áã íßä ãÚå åÏí íÔÑÚ áå ÝÓÎ ÞÑÇäå Åáì ÇáÚãÑÉ áãÇ ÐßÑäÇ.
1. al-Tamattu' - iaitu berihram untuk melakukan Umrah pada bulan-bulan Haji (bermula dari bulan Syawwal, Zulqaedah dan hari ke 10 Zulhijjah) lalu bertahlul. Kemudian berihram untuk melakukan Haji dari Makkah atau sekitarnya pada hari Tarwiyah (8 Zulhijjah) pada tahun Umrahnya (tahun yang sama).
2. al-Qiran - iaitu berihram untuk melakukan Umrah dan Haji bersama2 (sekali gus) dan tidak bertahlul (berada didalam keadaan ihram) sampai hari Nahar (10 Zulhijjah). Atau berihram untuk melakukan Umrah pada bulan-bulan Haji kemudian masukkan niat Haji sebelum melakukan Tawaf.
3. al-Ifrad - iaitu berihram Haji didalam bulan2 Haji dari Miqat, atau dari rumahnya bagi yang tinggal di daerah diantara Miqat dan Makkah, ataupun di Makkah bagi mereka yang tinggal disana. Kemudian dia tetap didalam Ihramnya sehinggalah hari Nahar (10 Zulhijjah) apabila dia membawa bersamanya HADYU (Haiwan sembelihan). Kalau tidak membawa bersamanya HADYU maka tukarkan niat tersebut dari Haji menjadi Umrah (Haji Tamattu'), maka lakukan Tawaf, Bersaie, memendikkan rambut dan bertahlul, sebagaimana yang diperintahkan oleh Nabi :saw kepada orang-orang yang berihram Haji yang tidak membawa bersamanya Hadyu. Begitu juga bagi mereka yang berniat Haji Qiran, digalakkan agar mereka mengubah niat kepada Umrah (Haji Tammattu') sebagaimana yang kami nyatakan."
--------------
Secara ringkasnya, bagi yang tidak membawa binatang sembelihan bersama, Nabi :saw didalam hadith riwayat Ibn Abbas ra. mengarahkan mereka mengubah niat menjadi Haji Tamattu'.
Menurut Syiekh Ibn Utsaimin rh. didalam buku yang sama, Haji yang afdal adalah :-
------------------
Pandangan ini dipegang juga oleh Syeikh Nasyiruddin al-Albani rh. dan juga Syiekh Dr Yusuf al-Qaradhawi ha. Anda boleh membaca URL soalan jawab berikut di bahagian kedua jawapan mengenai pandangan kedua2 Ulama' ini :-
SJ-09-0003 : Haji Qiran dan Tawaf ifadhah
sumber : http://www.al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=28517&sid=265721be3e2ca3abef3788d8f75de395
Sekian, wassalam
خيرالأمين