Fatwa: Dibolehkan penggunaan ucapan Duli Yang Maha Mulia

Primary tabs

Oleh zain-ys
Umat Islam dibenarkan menggunakan ucapan Duli Yang Maha Mulia terhadap raja-raja. Demikian fatwa yang dikeluarkan oleh Jemaah Ulama' Majlis Agama Islam Kelantan. Menurut fatwa berkenaan, dengan syarat ucapan Yang Maha Mulia Raja-Raja itu tidak diniatkan sama dengan sifat Allah.

Menurut satu sumber blog yang tidak dapat disahkan kesahihannya, Duli bermakna habuk. Sedangkan Maha Mulia merujuk kepada Allah Azza Wa Jalla. Duli Yang Maha Mulia bermaksud Habuk Kepada Allah Yang Maha Mulia. Ini untuk menunjukkan sifat merendah diri kepada Allah Taala.

Berikut ini saya snapshot makna duli dari kamus Dewan (klik untuk besarkan imej):

 

------------------

Fatwa Jemaah Ulama' Majlis Agama Islam Kelantan

Tajuk :

Mengenai kekebalan Raja-Raja, ucapan Duli Yang Maha Mulia kepada Raja-Raja

Isu :

Pengerusi memaklumkan bahawa mesyuarat khas ini diadakan adalah bagi membincangkan beberapa perkara yang menjadi isu berhubung dengan perkara yang berkaitan dengan raja melayu berikutan dengan isu pindaan perlembagaan yang hangat diperkatakan sekarang ini.

Perkara yang akan dibincangkan ialah:-

(1) Kekebalan raja-raja

(2) Ucapan "Duli Yang Maha Mulia terhadap raja-raja".

(3) Cara angkat tangan ketika mengadap raja-raja.

Keputusan :

Jamaah Ulama' membuat keputusan seperti berikut :

1. Bahawa semua manusia tidak mempunyai sebarang kekebalan dari segi hukum kerana mereka semua adalah tertakluk kepada hukum Allah.

2. Hak-hak keistimewaan untuk orang-orang tertentu dalam perkara-perkara tertentu ada di dalam Islam.

3. Pemilihan warna kuning oleh Raja untuk pakaian dan lain-lain, hukumnya harus.

4. Penggunaan ucapan Duli Yang Maha Mulia terhadap Raja-Raja ketika mengadap dan lain-lain hukumnya adalah harus dengan syarat ucapan Yang Maha Mulia Raja-Raja itu tidak diniatkan sama dengan sifat Allah.

Dalil firman Allah Taala:

انا خلقنا الانسان من نطفة امشاج نبتليه فجعلنه سميعا بصير

Maksudnya:

Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dari setitik mani yang bercampur yang kami hendak mengujinya (dengan perintah dan larangan) kerana itu kami jadikan dia mendengar dan melihat..

 

(5) Jemaah Ulamak bersetuju bahawa kedudukan hukum mengenai angkat tangan dalam upacara menyembah raja-raja dibincang semula dalam Mesyuarat Jemaah Ulama akan datang kerana hal ini perlu dikaji dan diteliti secara mendalam dalam berbagai aspek.

Sumber: http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_search_result.asp?keyID=2034

-----------------------

Maklumat mengenai duli bermakna habuk boleh dirujuk di sini: http://ustazzack.blogspot.com/2009/12/apa-maksud-duli-yang-maha-mulia.html