SJ-09-0011 : Air zam-zam utk kafir?

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-09-0011 : Air zam-zam utk kafir?

Assalamu alaikum...

Panel al-ahkam.net yang dihormati,

Adakah terdapat larangan dari Rasulullah :saw tentang membahagi2kan air zam-zam kepada orang kafir?

Terima kasih.

SJ-09-0011 : Air zam-zam utk kafir?

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan akhi shahnor77 dengan kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Menurut Dr Abdullah al-Faqih bahawa tidak diketahui pula terdapat sebarang larangan terhadap orang kafir keatas penggunaan air zam-zam, walaupun ada dikalangan ulama' yang tidak menyukai perbuatan ini, akan tetapi pandangan ini tidak benar [IslamWeb, FatwaID : 2449].

Dari sudut lain pula, perbuatan memberi air zamzam kepada orang kafir merupakan satu kerugian kerana orang Islam yang lain boleh memunafaatkan air tersebut, melainkan orang kafir tadi memang dalam keadaan kehausan. Sabda Nabi :saw :-

ãÇÁ ÒãÒã áãÇ ÔÑÈ áå
dir="ltr">"Air Zamzam adalah untuk tujuan apa-apa ianya diminum" (Riwayat Ibnu Majah, 2/1018; Al-Maqaasid al-Hasanah oleh al-Sakhaawi, ms. 359).

Faedah air zamzam sebagaimana didalam hadith diatas, hanya di berikan kepada orang Islam sahaja. WA.

Sekian, wassalam

خيرالأمين