SJ-09-0042 : Hukum ambil pil perancang emasa kerjakan Haji

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-09-0042 : Hukum ambil pil perancang emasa kerjakan Haji

:salam

Ustaz,

Soalannya pertama saya seperti tajuk diatas.

Soalan ke2 dari saya ialah ada orang kata ada ayat-ayat tertentu yang boleh diamalkan bagi melambatkan haid. Betul ke? ::?:

albaruhiyy (not verified)
SJ-09-0042 : Hukum ambil pil perancang emasa kerjakan Haji

ÈÓã Çááå ÇáÑÍã ÇáÑÍíã
ÇáÍãÏ ááå æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå :
ÃãÇ ÈÚÏ
Berdasarkan soalan, yang dimaksudkan dengan pil perancang ialah pil yang yang boleh menghentikan haid buat sementara waktu kerana anda ingin melakukan ibadat haji seperti tawaf dan sebagainya.

Merujuk kepada fatwa-fatwa ulama, mereka membenarkan wanita mengambil pil untuk menghentikan haid buat sementara waktu bagi melakukan haji.

Keharusan tersebut dengan syarat tidak mendatangkan mudarat dan bahaya kepada wanita itu dan ia terpaksa memakan pil tersebut kerana darurat. Oleh kerana itu perlu disahkan oleh doktor yang boleh dipercayai.

Rujukan :
-Majmuk Fatwa wa Maqalat Bin Baz 2/33
-http://islamqa.com/ar/ref/106567

Manakala, berkenaan ayat-ayat tertentu yang boleh diamalkan untuk melambatkan haid, setakat ini kami belum menjumpai dan mengetahui hal tersebut. Ini kerana haid ada suatu perkara tabi’ie yang berlaku kepada wanita.

Kesimpulannya, lebih baik seseorang itu tidak menggunakan pil tersebut melainkan kerana darurat.

Dalam satu hadis sahih Rasulullah s.a.w. pernah masuk ke bilik Aisyah ketika perjalanan menunaikan haji. Lalu ketika itu, Aishah sedang menangis. Sabda Nabi : “Apakah engkau sedang haid?” Jawab Aishah : “Ya”. Lantas nabi bersabda : “Ini ialah sesuatu yang ditentukan Allah Taala ke atas anak perempuan Adam, maka laksanakanlah ibadat haji sepertimana orang lain melainkan engkau tidak boleh melakukan tawaf di Batillah sehinggalah kamu mandi (suci). [Hadis 2976, Muslim 8/19]

Wallahualam