SJ-10-0026 : hukum makan tanaman yg dibajai dgn najis

Primary tabs

1 post / 0 new
SJ-10-0026 : hukum makan tanaman yg dibajai dgn najis

Soalan dari : Ibnatul_Khazini

Assalamu'alaykum

Saya ingin bertanya mengenai hukum makan tanaman yg dibajai najis...
drp beberapa link ni...

http://www.islamonline.net/fatwa/english/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=120313
dan http://al-ahkam.net/forum2/viewtopic.php?t=27241&highlight=tanaman

apa yg sy faham ialah apabila najis tu tlh menjadi baja (stlh melalui bbrp proses), maka ia tidak lagi dikira najis disbbkan istihalah. maka dibolehkan.

bagaimana pula jika najis yg digunakan itu adalah najis yg fresh (belum jadi baja)? spt tahi lembu yg kering diletakkan pd tanaman...

atau.. contohnye jika tanaman seperti sayuran, sering dinajisi oleh kencing kucing misalnya, adakah kencing kucing itu dikira sebagai baja??
dan apakah dibolehkan makan sayuran tersebut?

Jawab

Oleh kerana saya tidak dapat menjawab soalan ini diruangan yg disediakan kerana keluarnya mesej ini:
===================

Sorry, but only moderators can reply to posts in this forum.

-===================

Maka saya jawab di thread yg baru:

1. Tahi lembu memang dijadikan baja dan tidak ada masalah hukum. Ia adalah najis binatang yg dimakan dagingnya dan ia suci mengikut jumhur fuqaha'. (Qardhawi, Fiqh Taharah)

2. Kencing kucing jika ia kencing pada sayuran, maka sayuran tidak menjadi najis berdasarkan kaedah 'istihalah' yang anda sebutkan. Sayuran akan merubah zat kencing itu dalam proses fotosentisis (photosynthesis).

:aklam