SJ-10-0067 : Ikan Makan Najis

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-10-0067 : Ikan Makan Najis

:salam

Moga dirahmati Allah,

Satu persoalan...ada penternak ikan keli buat kolam utk ternakannya terletak dibawah kandang ayam....ayam tersebut makan dedak...dan najisnya akan jatuh ke dalam kolam ternakan ikan tersebut...maka ia menjadi salah satu sumber makanan utk ikan tersebut...apa hukumnya makan ikan tersebut????

Saya teringat satu peristiwa di salah satu kawasan di Perak yg kecoh ikan patin diberi makan daging babi....menurut pandangan SS Dato' Mufti Perak...kalo sumber makanan ikan tersebut hanyalah daging babi tersebut...maka haram makan ikan tersebut.....kalo ada sumber lain....ia harus dimakan...adakah hukumnya sama seperti persoalan di atas????

SJ-10-0067 : Ikan Makan Najis

:wassalam

al-Jawab:

Dalam Fiqh Sunnah, ikan keli tersebut jatuh hukum binatang jallalah (haiwan yg makan najis). Cara nak makan ikan keli itu ialah mengurungnya dalam air bersih selama beberapa waktu hingga bau ikan itu berubah (Fiqh Sunnah dan juga lihat syarah FS di AAN)

2. Ikan yang diberi makan daging babi tu lagi kes berat di sisi madzhab Syafi'iy kerana di sisi mereka babi adalah najis berat. Jika diketahui dgn yakin bahawa ikan-ikan keli tsb di beri makan daging babi, maka tak boleh sama sekali memakannya. Kerana ia lebih teruk dari jallalah. Dalilnya:
(atau daging babi, kerana ia adalah najis) AQT 6:145

sekian