Assalamualaikum ustaz...
minggu lepas masjid tmpt sy bertugas ada wat kursus sembelih ayam kpd ahli qaryah...penceramah ada bg teori ringkas rukun dan syrt sah sembelihan. kemudian sesi praktikal. Ada 2 perkara saya musykil ::? minta pencerahan dr ustaz :
1) dikatakan baca bismillah itu tidak wajib , hanya sunat semasa sembelihan.tp dlm al-Quran dijelaskan : Allah SWT berfirman: Janganlah kamu makan sembelihan yang tidak disebut nama Allah atasnya”. (al-An’am : 121)
-ada tafsiran lainkah yg menyatakan sunat sebut bismillah?
2) masa sesi praktikal, 2 org yg praktik sembelih telah angkat pisau sblm abis potong urat.kendian dia sambung potong urat merih dan halkum tu hingga putus.
so, penceramah tu kata dua ekor ayam tu bangkai walaupun urat dipotong; sebabnya angkat pisau.
- boleh ustz bagi dalil ttg syarat angkat pisau ni..
3) masa sekolah dulu dlm buku teks Pend Islam T4 ada sbut syarat sah sembelihan ialah mesti haiwan itu mati dengan sekali sembelih...adakah ia merujuk kpd istilah menghiris berkali-kali yakni sama dgn angkat pisau diatas??
syukran... :P
:salam
بسم الله، و الحمد لله، و الصلاة والسلام على رسول الله، وبعد:
1) Hukum membaca basmalah semasa menyembelih haiwan ternakan adalah khilaf dikalangan ulama. Menurut Imam Al-Syafie dan satu riwayat daripada Imam Malik , Ahmad serta segolongan ulama berpendapat bahawa membaca Basmalah adalah sunat sahaja.Maka , jika ditinggalkan dengan sengaja bacaan basmalah tersebut atau terlupa , binatang buruan dan sembelihan itu tetap halal dimakan.
Dalil mereka ialah : (Surah al-maidah : 3)
إِلا مَا ذَكَّيْتُمْ
“…..kecuali yang sempat kamu sembelih.(sebelum habis nyawa)……”
Dalam ayat tersebut , Allah swt mengharuskan menyembelih binatang tanpa menyebut nama-Nya.
Begitu juga mereka berdalilkan kepada satu hadis riwayat Aisyah r.anha :
“Sesungguhnya di sini terdapat beberapa kelompok masyarakat yang baru sahaja meninggalkan zaman jahiliyyah mereka.Mereka menghadiahkan kepada kami daging binatang yangn kami tidak tahu adakah mereka menyebut nama Allah ke atasnya atau tidak.Sabda Rasulullah saw : Sebutlah nama Allah dan makanlah.” (HR Bukhari : 6849)
Dalam hadis di atas , suruhan membaca Basmalah adalah ditujukan disaat hendak makan dan minum.Larangan memakan sesuatu yang tidak disebutkan nama Allah swt hanyalah tertumpu kepada binatang yang disembelih untuk berhala dan bukan kerana Allah swt….Wa Allahu A’alam
Manakala golongan kedua berpendapat basmalah adalah wajib dibaca semasa berburu atau menyembelih binatang , dan apabila ditinggalkan dengan sengaja basmalah akan menyebabkan binatang tersebut haram dimakan.Ini adalah pendapat yang sahih daripada al-Imam Ahmad dan juga pendapat Ibn Sirin dan Abu Thawr.
Dalil bagi golongan ini pula ialah Firman Allah swt dalam surah Al-An’am : 121 :
وَلا تَأْكُلُوا مِمَّا لَمْ يُذْكَرِ اسْمُ اللَّهِ عَلَيْهِ وَإِنَّهُ لَفِسْقٌ
“Dan janganlah kamu memakan binatang-binatang yang tidak disebut nama Allah ketika menyembelihnya. Sesungguhnya perbuatan yang semacam itu adalah suatu kefasikan”
2) Jika orang yang menyembelih terangkat tangan dan pisau sebelum sempurna penyembelihan dan kemudian ia kembali menyempurnakan penyembelihannya , maka hal seperti ini adalah harus kerana ia telah melukainya dan segera menyempurnakan penyembelihan.Lagi pun ketika itu binatang tersebut masih hidup.Maka ia termasuk dalam firman Allah swt surah al-Maidah : 3 :
إِلا مَا ذَكَّيْتُمْ
“…..kecuali yang sempat kamu sembelih.(sebelum habis nyawa)……”
Sekiranya binatang itu mati sebelum sempat si penyembelih menyempurnakan sembelihannya , maka binatang itu tidak harus dimakan…..Wa Allahu A’alam
3) Dalam mazhab Imam Syafie , disyaratkan cepat-cepat menyembelih dan dengan cara sekaligus.jika terlambat sehingga haiwan berkenaan sampai ke tahap harakah mazbuh sebelum sempat memotong urat halqum dan juga marih , maka batallah penyembelihan tersebut.
WA
Ruj :
Haza Halalun Wa Haza Haramun . Abd Qadir Ahmad Ata.
Himpunan Isu-Isu feqah terpilih , Dr.Basri Ibrahim Al-Hasani Al-Azhari
الراجي رحمة ربه الجوّاد http://aljawhar.wordpress.com