SJ-11-0009: Waktu bekerja dan wang gaji

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-11-0009: Waktu bekerja dan wang gaji

Assalamua'laykum, saya merupakan seorang pekerja di sebuah kilang di sini dan saya mengalami sedikit kebuntuan dan saya rasa ini mungkin bukan sahaja di kilang saya.

1. Contohnya saya bekerja untuk 6 jam sehari, di takdirkan untuk beberapa hari di tempar kerja tiada apa yang perlu di lakukan, jadi saya pun pergi ke masjid berdekatan untuk membaca buku dan lain-lain hal sewaktu menanti kerja yang yang di buat available. Adakah wajar tindakan saya dan adakah wang yang saya terima semasa tiada di tempat kerja itu halal.

SJ-11-0009: Waktu bekerja dan wang gaji

:salam

Alhamdulillah, inilah jawapannya:

"Rehatnya" sdra adalah atas kehendak kerja dan kehendak majikan. Di mana proses menunggu tugasan yg mendatang dianggap sebagai bekerja juga.

Contoh: Kita ditugaskan oleh majikan ke suatu tempat dengan menaiki bas awam. Sudah tentu kita perlu menunggu bas. Ketika menunggu bas, ada masa terluang, kita isi dengan membaca dsbnya. Di dalam bas ada masa terluang. Kita isi dengan membaca. Rehatnya kita sewaktu menunggu bas atau di dalam bas yg mungkin memakan masa tidaklah dianggap sebagai rehat, tetapi bekerja.

Ini berbeza dengan ponteng atau "mencuri" waktu bekerja.

Mengisi masa lapang dengan sesuatu yang berfaedah, apatah lagi jika ia sesuatu yang dapat membina keimanan, syakhsiah dsbnya sudah tentu digalakkan.

Sekian, semoga bermanfaat..

:wassalam