assalamualiakum...
1. adakah emas putih kena bayar zakat macam emas biasa? kalau kena, bagaimana pula dengan permata2 lain yang lebih berharga dari emas, cm berlian ke, adakah qias dengan emas jugak?
2. kanak2 x cukup umur kena zakat x atas barang emas dia?
3. emas kalau dok kat pajak gadai?
4. kadar masa yang dikira 'pakai' emas tu camne ek...
5. emas yang dipakai, zakat kena bayar kira semua ka, atau cuma lebihan selepas 25 mayam sahaja? atau selepas lebih 25 mayam, lebihan lepas tu kalau lebih 25 mayam jugak kena zakat, maka selepas 50 mayam baru kena zakat... camne ek...
:wassalam
Jawapan
1.1 Zakat emas putih atau Platinum
Jika ia dijadikan perhiasan perempuan, tidak dikenakan zakat. Jika ia diperdagangkan, ia dikenakan zakat perdagangan. Ini adalah pendapat jumhur fuqaha' (Ibn Qudama alMaqdisi, alMughni: 3/44)
Pendapat ini juga didokong oleh Prof Dr al_Imam Yusof alQardhawi. Alasan tidak dikenakan zakat ialah platinum bukanlah logam yg subur spt emas. Maksud logam yg subur ialah spt emas kuning yang menjadi standard dan banyak berkisar dalam pasaran (Fiqh Zakah 1/284)
1.2 Perhiasan spt berlian, zamrud
Jika ia dijadikan perhiasan perempuan, juga tidak dikenakan zakat. Ini adalah pendapat jumhur (Imam Nawawi, alMajmoo' syarh alMuhadzaab: 6/ms 5)
Berkata alNawawi: " Tidak dikenakan zakat selain emas dan perak spt permata, besi, tembaga, kaca dsbnya meskipun elok bagaimana sekalipun buatan dan mahal harganya."
2. Emas yang dimiliki kanak-kanak belum cukup umur
Ia wajib zakat mengikut jumhur (malik, Syafi'iy dan hanbali) Dr Qardhawi menokong pendapat ini dan zakat itu dikeluarkan oleh walinya.
Dalilnya:
Firman Allah SWT (terjemahnya)
"ambillah zakat dari sebahagian harta mereka dengan zakat itu kamu membersihkan dan menyucikan mereka." AQ 9:103
(alQardhawi, Fiqh Zakat 1/107)
3. Emas yg berada di pajak gadai
Tidak wajib zakat sebab sifat harta yg wajib dizakatkan ialah emas yg dimiliki sepenuhnya, sedangkan harta itu sekarang berada di pajak gadai.
(alQardhawi, Fiqh Zakat: 1/129)
4. Kadar masa atau haul ialah 1 tahun qamariah dan dikeluarkan zakat 2.5%
5. Zakat emas perhiasan perempuan
Yang dikenakan zakat ialah perhiasan perempuan yg melebihi keperluan biasa atau melebihi paras biasa di sesuatu tempat atau negara. Maka paras minima nilai perhiasan yg biasa itu ditetapkan oleh Pusat Zakat negeri-negeri persekutuan, ada yang RM 5000, ada yg RM 10,000 nilaiannya. Sila semak dgn Pusat Zakat di mana ada menetap. [Zakat perhiasan dari emas dan perak yg melebihi kadar kebiasaan ini disokong oleh Prof Dr alQardhaei, Fiqh Zakat 3/308-309)
sekian
:aklam