SJ-11-0053 : Apakah Semua MLM itu Haram?

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-11-0053 : Apakah Semua MLM itu Haram?

:salam

Saya mempunyai kemusykilan berkenaan dengan MLM. adakah MLM yang ada di malaysia ini mengikut Muamalah Islam. dan kalau oleh, boleh tak ustaz kemukakan garis panduan yang mana halal dan yg mana tidak boleh?

Syukran

SJ-11-0053 : Apakah Semua MLM itu Haram?

:wassalam

alJawab:

Mu'amalah Islam bersifat umum dan merangkumi Conventional Marketing (pemasaran konvensioan) dan juga MLM. Keumuman mu'amalat Islam ini berkisar pada perkara2 asas , yakni BEBAS dari unsur2 spt:
a. riba (interest/bunga)
b. gharar (tipuan)
c. dharar (mendatangkan bahaya)
d. jahalah (kesamaran)
e. dzulm (merugikan hak orang lain)
f. barangan/servisnya halal
(alhafidz alSyawkani, Irsyaad alFuhul/ 286)

MLM di Malaysia bermula pada 80'an dan sekarang ia bergabung di bawah payung DSAM (Direct Selling Association 0f Malaysia/Persatuan Jualan langsung Malaysia) dengan 66 syarikat MLM yg dipantau oleh kementerian HEP dan Perdagangan dalam negeri yg mengeluarkan lesen AJL. Pada statistik tahun 2003, MLM Malaysia mencatatkan jualan RM 4 bilion dan lebih dari 3 juta orang Malaysia terlibat dalam mu'amalat MLM (website DSAM).

Garispanduan MLM yang memenuhi mu'amalat Islami:

1. Barangan (produk) dan perkhidmatan (servis) hendaklah halal dan diluluskan oleh Halal-Jakim dari segi kandungan (ingredients), selamat diguna dan memberi manfa'at kepada pengguna.

2. Sistem Pemasaran MLM atau Marketing plan:
Selain dari produk barangan, MLM juga menawarkan produk dalam bentuk perkhidmatan. Maka inilah datangnya komisyen, bonus, imbuhan dalam tingkatan MLMnya kerana memberi upah dan ganjaran kepada mereka yang memberi perkhidmatan dalam tahap2 pemasaran yg ditawarkan oleh sistem MLM ini. Ini kerana stokis dan distributor mendapat komisyen atau fee dari servis yang ditawarkan kepada downliners. Ini dinamakan orang tengah dalam MLM yg sama juga dalam sistem pemasaran konvensional yang ada pengedar, stokis, pemborong dan peruncitan. Perjalanan barangan (produk) dari Pengilang hingga sampai ke tangan pengguna, baik sistem marketing konvensional dan MLM, tidak dapat tidak, akan ujud samsarah atau orang tengah dalam bentuk pengedar, pemborong, stokis dan distributor.

Cth: Proton, pengilang kereta nasional Proton, akan mengedarkan kereta proton hanya kepada dua pengedar sahaja, Proton Edar dan EON. kedua2 pengedar sah ini akan kemudian melantik rangkaian pengedar kereta proton di seluruh negara dan mereka semua akan mengambil untung atas angin sebaik sahaja kereka keluar dari kilang hingga sampai ke tangan pengguna.

Begitu juga MLM, sebaik sahaja barang keluar dari kilang, maka rangkaian stokis, pengedar dan distributor akan mendapat keuntungan atas angin kerana memberi khidmat perkhidmatan pemasaran utk melancarkan perjalanan barang dari kilang hingga sampai kpd pengguna.

Jadi samsarah/orang tengah ni ujud dalam mana-mana sistem Pemasaran, baik konvensional atau MLM dan mereka mengambil keuntungan atas angin kerana memberi servis dalam sistem pemasaran.

Islam tidak melarang aktiviti pemasaran dan perkhidmatan orang tengah atau samsarah dan mengenakan fee atau upah, ini menurut fiqh Ibn Abbas (lihat Fiqh Sunnah sayyid sabiq)

Cuma Islam mengenakan syarat kepada orang tengah (aktiviti samsarah) bahawa orang tengah harus jujur, telus, ikhlas, tidak menipu downliners dan jika mereka melaksanakan aktiviti pemasaran dengan baik dan jujur, maka mereka layak menerima komisyen dan fee atau upah dari kerja2 orang tengah mereka. Islam hanya mencela dan mengutuk orang tengah yg menghisap darah spt mana yg berlaku kpd industri nelayan, padi, sayur, buah-buahan, di mana orang tengah memainkan harga dan menipu orang yg bergantung penuh dalam industri tsb.

Islam juga mahukan plan pemasaran MLM ini telus, ada perjanjian yg jelas antara downliner dan distributor mengenai formula imbuhan, bonus dan ganjaran.

Berikut adalah garispanduan dari IFANCA, USA (Islamic Food & Nutrition of America, melalui jurucakapnya Dr Munir Chaudhry:

MLM yang syara'iy ialah:

1. Di lihat pada plan pemasarannya, jika ia MLM tulin, ia halal, jika ia berunsur pyramiding (skim Piramid), maka ia haram. Skim piramid ialah skim siapa masuk dulu akan untung dan mengurangkan hak mereka yg masuk kemudian.

2. Dilihat kepada sejarah penubuhan syarikat MLM itu. Jika ia mempunyai rekod sejarah perniagaan yg cemerlang, maka ia MLM yg tulin. Jika ia syarikat MLM yang muncul mendadak dan penuh misteri, maka ia hendaklah diawasi.

3. Produknya adalah halal dan bermanfa'at utk manusia

4. kekuatan MLM itu ialah kpd produknya yg unik dan bermutu bukan kepada objektif jangkapendek utk mengumpul dana (modal)

5. MLM yg asli tidak menjanjikan kekayaan mendadak dan memasang angan2 kpd ahlinya ke arah semua akan jadi jutawan. Ia melatih ahli menjadi usahawan tulin dengan jalan yg panjang dan berliku.

6. Sistem pemasaran yg telus meliputi ketelusan dalam penjualan, pembahagian bonus serta komisyen utk semua pihak baik yang lama dan baru, yang ditingkat atas dan tingkat bawah skima MLM.

7. Penegasan objektif MLM tsb, bahawa ia menumpukan perniagana teras kepada penjualan barangan dan perkhidmatan bukan permainan wang (money game)

8. Produk yang ditawarkan itu adalah halal dan baik, bukan produk yg mendorong kpd gaya hidup boros, dan mewah..

9. Harga barangan itu tidak terlalu tinggi (ghubn fakhisy) bila berpindah dari kilang ke stokis , kpd distributor dan kahirnya ke tangan pengguna yang terpaksa membayar dgn harga yg melampaui batas..

10. Memupuk jiwa usahawan (entrepreneur) yg sederhana bukan anggota MLM yang tamak, ingin cepat kaya, hedonis, obses (melampaui) dalam memuja kerjaya MLMnya hingga lupa dan cuai akan hidupnya sebagai seorang muslim dan melakukan pelbagai penipuan dan manipulasi.

Penutup, itulah apa yg boleh kami sajikan buat masa ini hinggalah Badan2 Fatwa seluruh Dunia mengeluarkan suatu garispanduan yg lebih konkrit di masa depan dengan menganalisa impak industri MLM dalam kehidupan kita sehari-hari. Buat masa ni, Islam On-line misalnya masih bersikap terbuka dan positif terhadap MLM asalkan mereka memenuhi apa yg digariskan di atas. sekian