SJ-11-0054 :Proses jual-beli rumah mengandungi unsur gharar?

Primary tabs

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-11-0054 :Proses jual-beli rumah mengandungi unsur gharar?

Assalamualaikum...

Proses jual-beli rumah sekarang menggunakan konsep "jual & bina ". Kita sedia maklum akan kesan konsep ini. Banyak rumah yg tak di siapkan, pemaju dah cabut. sedangkan duit bulan-bulan telah dibayar.
Pemaju boleh menjual rumah berdasarkan model dan air liur sahaja. Adakah ini termasuk dlm unsur gharar ( tak jelas)?

SJ-11-0054 :Proses jual-beli rumah mengandungi unsur gharar?

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr ArcangelGabriel dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Jual-beli keatas barangan belum wujud adalah sah didalam Islam. Ini dinamakan Jual Beli Tempahan.

Jual-Beli rumah yang belum siap tersebut menggunakan kaedah bai' assalam, iaitu Jual beli dengan penyerahan barangan tertunda, dimana perniagaan ini diperbolehkan didalam Islam. Isu Jual-Beli yang masih diperdebatkan didalam Fiqh ialah seperti Bai' 'Inah, Wafa, Istijar dsb, dan bukan bai' assalam. (Dr Abdullah al-Muslih. Ma La Yasa'ut Tajiru Jahluhu, Riyad : Dar al-Muslim, 2001).

Bai' aassalam -Dari aspek bahasa, Salam ini membawa maksud assalaf - al-Taqdiimu atau mendahulukan.

Dari segi Fiqh bermaksud "Jual beli sesuatu yang dinyatakan sifat2nya sahaja dengan lafaz salam atau salaf."

Rukun assalam :

1. Ada Pembeli dan Penjual - pihak yang mengikat kontrak
2. Sighah kontrak. Kertas kontrak - kondisi yang dipersetuji - penawaran (ijab) dan persetujuan (qabul).
3. Modal - cara pembayaran
4. Barangan yang ditempat, eg: rumah

diantara beberapa Rukun barangan yang ditempah :-

1. Dinyatakan sifat2 barangan tersebut - spesifikasi, berapa luas rumah, plannya, fasilitinya dsb.
2. Barangan tersebut diketahui qualiti, jumlah dan jenisnya.
3. Barangan tersebut tidak dicampurkan dengan barangan yang lain.

Jual beli ini bukanlah sebagaimana yang dinyatakan didalam hadith iaitu menjual barangan yang tidak wujud! Dr Mustafa al-Khin didalam Fiqh al-Manhaji menyatakan :

æäÑì Ãäå íÏÎá Ýí åÐÇ ÇáãæÖæÚ ÈíÚ ÇáÔÞÞ Úáì ÇáÎÇÑØÉ
"Kami berpandangan bahawa jual beli tempat tinggal (rumah) berdasarkan PLAN (al-Khaarithah) termasuk didalam masalah ini;" [iaitu bai' assalam yang dibenarkan]. [Fiqh al-Manhaji 3/54]

Pada pandangan beliau kedua2 pihak mengetahui dengan jelas spesifikasi rumah, facility nya dsb, mengenai pembayarannya. Dan semua ini dimeterai dengan kontrak. Didalam Islam juga, kontrak (al-iqalah) boleh dibatalkan; maka pembeli yang baru boleh melakukan kontrak yang baru bagi membeli rumah tersebut.
----------

Apa yang penting menurut mazhab Hanafi adalah kontrak tersebut jelas dan dipersetujui oleh kedua2 pihak, maka tidak timbul gharar disini. Apa yang berlaku sekarang adalah pihak pemaju rumah merupakan syarikat yang tidak tsiqah dan tiada track record didalam membuat rumah. Ini yang menyebabkan banyak projek2 tergendala. Maka pembeli kena berhati2 didalam memilih pemaju perumahan. WA.

wassalam

خيرالأمين

SJ-11-0054 :Proses jual-beli rumah mengandungi unsur gharar?

Salam,

Saya ingin menambah sedikit sahaja.

Biasanya dan menurut pengamalan industri, aqad yang digunakan untuk menjual rumah yang 'under construction' adalah aqad jualan secara ISTISNA' dan bukannya bai' as-Salam.

Bai as-Salam biasanya digunakan untuk menempah barangan berupa bahan mentah makanan, buah-buahan dan yang seumpamanya. Walaupun kedua-duanya mempunyai kesamaan dalam banyak sudut tetapi mereka mempunyai perbezaan dalam beberapa sudut yang lain.

Justeru , yang lebih tepat adalah jualan menggunakan bai' al-istisna'.

Bai al-istisna' adalah "A contract of acquisition of goods by specification or order where the price is paid progressively in accordance with the progress of a job. An example would be for the purchase of a house to be constructed, payments are made to the developer or builder according to the stage of work completed. This type of financing along with bai salam are used as purchasing mechanisms, and murabaha and bai muajjal are for financing sales."

Tentang 'GHARAR', sememangnya ada gharar, tetapi gharar yang wujud adalah gharar yasir ( ketidaktentuan yang sedikit atau minor gharar ) , minor ghara memang wujud dalam jual beli biasa, tetapi ia tidak merosakkan aqad.

tentang terbengkalai projek perumahan sbg tanda gharar. ye benar tetapi jika dibandingkan dengan projek yang tidak terbengkalai maka majoriti yang dapat menyiapkan adalah lebih besar. justeru kaeadh fiqhiyyah berikut adalah terpakai :
" al-'ibratu lil ghalib ash-Sya'i' la lin Nader" ertinya :
"Yang di ambil kira adalah yang kebiasaan yang tersebar luas dan bukannya yang sekali sekala"

ini bermakna jika projek tersbeut menurut adatnya di negara tertentu itu memang selalu siap kecuali beberapa projek shj, maka gharar di situ menjadi minor.

Ini benar, jika kaedah ini tidak diterima pakai, maka terlampau byk perkara yang sekali-sekala berlaku di ambil kira dalam sesuatu aqad dan ibadah, maka tiada apa yang boleh di buat oleh umat Islam.

sekian.

ust zaharuddin abd rahman