SJ-11-0094 : minta pendapat: harta anak yatim

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-11-0094 : minta pendapat: harta anak yatim

saya mempunyai adik yang kematian isteri,adik saya ini mempunyai dua anak perempuan di bawah umur
masaalah: saya telah mengambil pinggan mankuk yg belum digunakan adik saya dengan kebenaran adik saya.
pertanyaan, adakah saya dikira mengambil harta anak yatim?

SJ-11-0094 : minta pendapat: harta anak yatim

alJawab:

Maksud harta anak yatim ialah bila kedua ibubapanya sudah tiada, maka ketika itulah maksudnya harta anak yatim itu tidak boleh diusik. Dalam kes yg anda kemukakan, ayahnya masih ada dan kedua putri itu masih ada tempat bergantung dan hartanya masih ada mengurusnya. Maka hadiah dari adik anda itu boleh diterima kecuali ia set pinggan mangkuk yang bernilai tinggi spt finebone china set dari Japan atau Eropah. Maka ia kemungkinan termasuk harta pesaka si mati. Juga pastikan apakah set pinggan mangkuk itu harta adik anda atau harta arwah isterinya.. yang penting, jika hati anda rasa tak sedap, maka kembalikan sahaja.