SJ-11-0098 : Tanah Waqaf - URGENT BANGAT!!

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-11-0098 : Tanah Waqaf - URGENT BANGAT!!

Asslamualaikum,

Moga ustaz dirahmati Allah.

Saya ingin mengambil perhatian dan masa ustaz tentang perkara ini segera yg mungkin kerana jumaat ini ada perbincangan tentang tanah wakaf ini.

Gini ceritanya:

1) Si A sebelum mati dalam akuannya ada menyatakan akan mewaqafkan 3 lot tanah.
Adakah maksud 'akan' itu ia telah mewaqafkan tanah tersbt???

2) Sebelum si A mati dia telah menjual 2 lot tanah tersebut kepada si B dengan harga RM 120 ribu secara ansuran. Semasa pembyrn terakhir dibuat oleh si B...si A menyatakan niatnya bukan utk jual atau waqaf...tp ia menerima byrn di buat oleh si B.
Adakah ia dikira akad jual-beli kerana tanda setuju dr si A ambil duit tersbt atau sebaliknya???

3) Mengenai hutang pulak...si A telah mati dan catatan hutang atau pembyrn dari si B kepada si A dibuat oleh si B...
Perkara berbangkit ialah mana hendak terima sama ada dakwaan isteri si A yg mengatakan si B blom langsai hutang atau si B yg membuat catatan pembyrn hutangnya kpd si B???

Boleh ustaz kemukakan dalil secara ringkas tentang perkara tersebut...maaf jika soklan mendesak ini menuntut masa dr ustaz sesegera yg mgkin...

Sekian, wassalam

SJ-11-0098 : Tanah Waqaf - URGENT BANGAT!!

:wassalam

al-Jawab:

1) "akan" itu cuma rancangan. Ia bertukar menjadi wasiat jika ia memenuhi prosedur perundangan yang membuatnya valid sebagai wasiat, yang terbaik ialah surat akuan yang didaftarkan oleh Firma Wasiat yg bertauliah. Ia juga memadai jika dilafazkan kepada dua saksi yang adil. Dalilnya:

" diwajibkan atas kamu, jika seseorang di antara kamu kedatangan (tanda2) maut, jika ia meninggalkan harta yang banyak, berwasiat utk ibubapa dan kaum kerabat secara makruf (adil dan baik)" AQT 2:180

2) Jualbeli hartanah yang bernilai tinggi mestilah melalui proses yg sah (sale n purchase agreement)

Dalilnya: " Hai orang2 beriman, apabila kamu bermu'amalat tidak secara tunai utk waktu yg ditentukan, hendaklah kamu menulisnya" AQT 2:282
Jualbeli tanpa melalui proses perundangan yg sah akan merugikan pembeli.

3) Jualbeli secara senyap-senyap antara pembeli dan penjual tanpa sebarang saksi dan dokumen akan menjadi rumit bila tuan punya tanah itu meninggal dunia kerana pihak berwajib hanya mengiktiraf bukti yang sah sahaja.

Dapatkan fakta kes yg betul dahulu sebelum bertanya kepada kami. Kerana kami anggap perkara jualbeli tanah tanpa sebarang proses perundangan adalah suatu yang tidak ada lagi di zaman moden ini...WA