SJ-11-0099 : Zakat pendapatan & simpanan

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-11-0099 : Zakat pendapatan & simpanan

Assalammualaikum...
Saya nak tanya sikit perihal zakat ni...saya cerita dulu situasi saya...saya sekarang sedang belajar di US dan bekerja sambilan...di samping tu sy ada kumpul sikit wang simpanan yg saya simpan dari wang biasiswa dan jugak duit kerja sambilan yg saya buat...dalam bank saya sekarang ada lebih kurang USD 2800 (lebih kurang RM 10000 kot). Dalam perancangan tu nak buat beli kereta lah kot bila balik nnt (tak pun nak buat duit kawin). Saya ada search arkib ahkam berkenaan perkara ni dan sy jumpa jawapan dr ustaz THTL berkenaan perkara ni seperti di bawah:

Soalan 1:
perlukah seorang pelajar yg mendapat biasiswa yg (agak) byk membayar zakat harta kerana ada kemungkinan duit biasiswanya menjadi simpanan yg melebihi usia setahun. dan bagaimana zakat fitrah, ramadhan dah hampir setengah dah nih...

Jawapan:
1. Zakat pendapatan pelajar. Sudah tentu jika biasiswanya lumayan dan melebihi keperluannya, maka hisablah bila cukup setahun dgn menolak kos perbelanjaan sara hidupnya dan jika masih berbaki dan melebihi nisab, maka zakat hendaklah dikeluarkan. Nisab zakat pendapat ialah mempunyai wang minimum melebihi nilai 85gm emas atau (20 mistqal emas) (alQardhawi, Fiqh Zakat 1/513-514)

Soalan 2:
Adakah gaji atau upah daripada kerja sambilan (part-time job) dikenakan zakat pendapatan?

Jawapan:
Penuntut tidak dikenakan zakat lagi. Pendapatan yg dimaksudkan ialah dari gaji tetap bila anda pulang ke Malaysia nanti.

Soalan saya...zakat yg dimaksudkan perlu dibayar tu perlu dikira dari wang biasiswa aje ke...sbb apa saya faham dari dua2 jawapan di atas tu, duit simpanan dari biasiswa kena keluarkan zakat tapi duit simpanan dari kerja sambilan tak perlu...mintak kalau boleh ustaz jelaskan lagi sikit berdasarkan kes sy yg saya cerita kat atas tu...perlu tak sy keluarkan zakat bila dah cukup setahun nnt...kalau perlu banyak mana yg sy kena kuarkan...timer kasih daun keladi...kalau tak faham nnt saya tanya lagi... ::wink:

SJ-11-0099 : Zakat pendapatan & simpanan

:wassalam

al-Jawab:

Zakat dikenakan bagi dua jenis harta:

1. Zakat ke atas wang simpanan atau savings account. Jika anda memiliki savings account, maka jika dalam setahun qamariah, savings itu melebihi nisab, maka dikenakan zakat 2.5%. Jika savings anda sekarang mencecah USD$ 2,800. Maka hendaklah ditanya berapa kadar zakat savings di USA menurut ketetapan ISNA (Islamic society of North America) yg hqnya di Plainfield IN.

2. Zakat ke atas biasiswa pengajian seberang laut.

Dalam kes pertama, si bertanya mengemukakan soalan, apakah biasiswa yang agak lumayan dikenakan zakat?
Kebiasaannya zakat ke atas biasiswa tidak ada kerana pelajar bukan menerima gaji lagi tapi biasiswa yakni duit ihsan dari pihak berwajib. Bahkan pelajar layak menerima zakat bukan mengeluarkan zakat kerana pelajar ialah mereka yang berada di jalan Allah (fii sabiliLLah).

Tapi yg bertanya menyatakan biasiswanya agak lumayan. Kami rasakan, hendaklah zakat pendapatan dikira mengikut kos sara hidup di USA bukan kos sara hidup di Malaysia. Pengalaman saya sendiri yang menuntut di USA suatu ketika dulu, biasiswa yang diberi kepada pelajar Malaysia di USA atau UK, memang tidak mencukupi kerana kekuatan USD atau Pound Sterling/Euro. Lagipun mereka adalah status negara maju (fully developed nation) yang mana kos sara hidup adalah amat tinggi. Kalau biasiswa didakwa lumayan, kenapa pula perlu bekerja part-time, kerana itu menunjukkan biasiswa tidak mencukupi utk menampong kos sara hidup, esp di bandaraya besar US spt New York atau Chicago.

Sifir mengeluarkan zakat pendapat dari gaji dan emulmen (dari pelbagai sumber) itu dikira mengikut standard sara hidup USA, maka jika bakinya melebihi kadar pendapatan berzakat, maka tidak salah untuk dikeluarkan zakat.

Harap kembali lagi kepada kami dan ceritaka kedudukan sebenar.