SJ-11-0101 : ZAKAT 25%

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-11-0101 : ZAKAT 25%

Aslmkm,
Tak lama lagi orang yang makan gaji akan dapat menerima kenaikan gaji sebanyak 25% dan sebagainya, maka timbul pulak peroalan dalam diri saya yang kerdil ni. Sebelum ni saya bayar zakat kat baitul mal dengan kiraan gaji kasar yang saya terima. Adakah tindakan saya betul? Saya berbuat begitu hanya berpegang bahawa biar lebih jangan kurang, tanpa dalil. Semasa saya berjumpa dengan pegawai Baitul Mal dahulu, mereka menerangkan kita boleh bayar mengikut kiraan gaji kasar kita atau selepas potongan (seperti pinjaman rumah, kereta dsbnya). Ada tak sesiapa boleh tolong saya untuk merungkai persoalan di dalam diri saya ini.
1.Andaikata boleh membayar pada kadar selepas semua potongan apa dalilnya?

2.Andaikata mesti bayar pada kadar Gaji Kasar apa pulak dalilnya?

3.Bagaimana pulak wang yang terkumpul dalam KWSP yang sudah cukup haulnya?

4.Ada tak apa-apa berkenaan dengan ”mengqadha” bayaran zakat?

5.Boleh tak kita membayar zakat untuk pembiayaan Jemaah Tabligh untuk mereka keluar 3 hari, 40 hari atau 4 bulan? Jika boleh apa dalilnya? Jika tidak apa dalilnya?
::( ::(
Maafkan saya yang jahil ni.........terima kasih

SJ-11-0101 : ZAKAT 25%

:wassalam

al-Jawab:

1) Dalilnya: Firman ALlah SWT, terjemahnya, " Yang lebih dari keperluan" AQT 2:219

2) Dalilnya: " ambillah zakat dari sebahgian harta mereka dgn zakat itu kamu membersihkan dan menyucikan mereka." AQT 9:103

3) Wang KWSP tidak perlu dikeluarkan zakat walaupun zukup haul kerana ia tidak sempurna milik. Sempurna milik menjadi syarat zakat.

4) Zakat yang tertunggak boleh diqadhakan kerana hutang dgn Allah lebih utama dibayar (HR Bukhari & Muslim dr Ibn Abbas ra)

5) Mengagihkan sendiri zakat untuk pembiayaan aktiviti JT. Jawab: Urusan kutipan dan pengagihan zakat adalah bidangkuasa Pemerintah. maka anda tidak boleh mengagihkan sendiri tanpa keizinan dari Penguasa. Dalilnya: ayat AQ 9:103, dgn jelas adalah ayat perintah, dan perintah itu semestinya datang dari Pemerintah. sekian WA