:salam
Boleh saya tanya macam mana masyarakat Malaysia yg umumnya kuat memegang kepada pendapat Mazhab Syafii boleh menggunakan duit untuk membayar zakat fitrah? Di tempat saya, pak2 Arab yg "menjaga hal-ehwah" komuniti Islam di sini sudah tak mahu lagi menerima duit sebagai zakat fitrah kerana mereka tak jumpa dalil yg membolehkannya...
Sumber Rujukan Islam Anda..
SJ-11-0132 : Zakat fitrah pakai duit
Primary tabs
Mon, 15/10/2007 - 7:48am
#1
SJ-11-0132 : Zakat fitrah pakai duit
ÈÓã Çááå
æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ
1) Apa yang berlaku di Malaysia, menunjukkan pengikut mazhab syafie di nusantara tidaklah beramal dengan mazhab syafie sebenar-benarnya. Banyak masalah yang mereka mengambil mazhab lain yang lebih ringan, contohnya:
-bayar zakat fitrah dengan wang
-berjual beli tanpa menyebut: aku beli, dan aku jual
Sepatutnya, dalam hal-hal lain pun, mereka boleh bersifat terbuka menerima pendapat mazhab lain sekiranya terserlah dalil mazhab lain lebih sahih dan lebih kuat dari mazhab yang kita pegang.
2) Pendapat yang agak pertengahan dalam masalah zakat fitrah dengan wang tunai, ialah: harus mengeluarkannya dalam bentuk wang tunai sekiranya orang miskin lebih memerlukan wang daripada bijirin makanan (spt beras).
Antara dalil keharusan mengeluarkan wang tunai:
- Hadis: "Kayakanlah mereka (fakir miskin) pada hari ini (Raya)".
HR Daraqutni (Kitab Zakat Fitri no: 67).
Memperkayakan mereka boleh melalui pemberian wang tunai, sebagaimana boleh melalui makanan. Kadangkala, wang tunai lebih afdhal, kerana dengan wang tunai mereka dapat membeli pakaian, makanan, dan keperluan lain.
- Ibn Munzir menukilkan bahawa para sahabat Nabi SAW mengharuskan zakat fitrah dengan setengah gantang gandum, kerana nilainya sama dengan satu gantang kurma. Jadi didapati mereka mengambil kira nilai makanan.
- Mengeluarkan wang tunai lebih mudah pada zaman sekarang, dan lebih banyak manfaat untuk golongan miskin.
rujukan:
-Feqah Zakat oleh Dr Yusuf Qaradhawi 2/949
http://abuumair1.wordpress.com