SJ-11-0135 : bayar hutang atau nafkah ibubapa???

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-11-0135 : bayar hutang atau nafkah ibubapa???

:salam

saya keliru samada kita perlu mengutamakan pembayaran hutang atau memberi nafkah/wang bulanan kpd ibubapa kita?

yg saya faham kedua2nya wajib ditunaikan (terutama bg lelaki) tetapi apabila diutamakan salah satu daripadanya, ini bermakna yg satu lg tidak mencukupi utk ditunaikan.

harap dpt pencerahan.

JKK...

p/s: bila pendaftaran baru utk ahli AAN dibuka? saya berharap agar saya dpt menyertai AAN. tq.

SJ-11-0135 : bayar hutang atau nafkah ibubapa???

ÈÓã Çááå
æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

Sebelum menjawab persoalan, perlu diketahui: Bilakah dikatakan wajib membayar hutang, dan bilakah dikatakan wajib memberi nafkah kepada ibu bapa.

i- Bilakah wajib membayar hutang?
Hutang yang wajib dibayar ialah hutang yang sudah sampai tempoh yg dijanjikan. Contohnya, A berhutang dengan B selama tempoh setahun. Maka selagi belum sampai tempoh setahun, tidak dikatakan wajib dibayar. Apabila sampai tempoh baru dikatakan: wajib bayar.

ii- Bilakah wajib memberi nafkah kepada ibubapa?
Wajib apabila cukup syarat-syarat ini:
- si anak mempunyai lebihan daripada nafkah dirinya dan isterinya.
- si bapa adalah seorang FAKIR, tidak cukup untuk saraan hidup dirinya.

Sekarang, barulah boleh diletakkan hukum, yang mana mesti diutamakan.
-Kalau antara dua itu, satu sahaja yang sampai tahap wajib, maka itulah yang didahulukan.
-Kalau dua-dua belum capai taraf wajib, maka anda diberi keluasan memilih antara keduanya, atau membahagikan sama rata.
-Kalau kedua-duanya sudah mencapai taraf wajib, maka mesti didahulukan nafkah ibu bapa sekadar yang wajib sahaja. Iaitu yang cukup untuk mengelakkan daripada kebuluran. Yang lebih mesti disalurkan kepada pembayaran hutang yang wajib.

Wallahu A'lam.

rujukan:
-Minhaj Talibin m/s 463
-Feqh Manhaji 2/167