:salam ustaz
Saya ada soalan.
Satu pihak katakan A, berhutang dengan pihak B. Namun demikian, pihak A enggan atau culas untuk membayar hutangnya kepada B. Pihak B telah mengambil dengan sengaja barang pihak A tanpa pengetahuannya dengan alasan bahawa barang tersebut merupakan sebahagian drpd tebusan hutang.
Soalan saya, apakah yang dilakukan oleh B itu betul di sisi islam? Apakah cara terbaik mentarbiyah B sekiranya perkara tersebut salah di sisi Islam?
Terima Kasih Ya Ustaz.
Bismillah
Wassolatu wassalam 'ala Rasulillah SAW,
Soalan seharusnya menerangkan dengan jelas keadaan dua pihak A dan B, supaya boleh difahami dan diberikan jawapan yang sewajarnya.
Walaubagaimanapun cara yang terbaik dalam masalah ini adalah seperti yang disarankan di dalam Surah Al-Baqarah: 280:
æóÅöäú ßóÇäó Ðõæ ÚõÓúÑóÉò ÝóäóÙöÑóÉñ Åöáóì ãóíúÓóÑóÉò æóÃóäú ÊóÕóÏøóÞõæÇ ÎóíúÑñ áóßõãú Åöäú ßõäúÊõãú ÊóÚúáóãõæäó
"Dan jika (orang yang berhutang itu) dalam kesukaran, maka berilah tangguh sampai dia berkelapangan. Dan menyedekahkan (sebagian atau semua hutang) itu, lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui."
Jika B melihat A dalam keadaan terdesak memerlukan bantuan kewangan, maka hendaklah B menunggu sehingga A berada dalam keadaan yang senang. Bukan dengan mengambil harta A tanpa pengetahuannya.
Dan yang lebih baik dari itu ialah B sedekahkan sahaja hutangnya itu kepada A dan Allah SWT akan membalasnya dengan ganjaran yang besar. Ganjaran seperti ini sangat kita perlukan di akhirat nanti.
Tetapi jika B yakin A tidak akan membayar hutangnya kerana A berhutang dengan tujuan tidak mahu membayar hutang, maka A dikira sebagai menipu dan B berhak untuk mengambil hartanya tanpa pengetahuan A.
Ini berdasarkan Firman Allah SWT (2:194):
Ýóãóäö ÇÚúÊóÏóì Úóáóíúßõãú ÝóÇÚúÊóÏõæÇ Úóáóíúåö ÈöãöËúáö ãóÇ ÇÚúÊóÏóì Úóáóíúßõãú æóÇÊøóÞõæÇú Çááøåó æóÇÚúáóãõæÇú Ãóäøó Çááøåó ãóÚó ÇáúãõÊøóÞöíäó
"Maka siapa yang menginayai kamu, maka balaslah penginayaan itu seimbang dengan penginayaannya terhadapmu. Bertakwalah kepada Allah dan ketahuilah, bahwa Allah beserta orang-orang yang bertakwa."
Begitu juga jika B terdesak memerlukan bantuan kewangan dan A pula merupakan seorang yang kaya dan senang-lenang kemudian dengan sengaja tidak mahu melangsaikan hutangnya dengan tujuan berlaku zalim untuk menginayai B. Maka B berhak untuk mengambil hartanya tanpa pengetahuan A.
Rujukan:
http://www.islamonline.net/livefatwa/arabic/Browse.asp?hGuestID=JSHGkx
Wallahu a3lam