SJ-11-0171 : SEAWEED PROJECT(RUMPAI LAUT)

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-11-0171 : SEAWEED PROJECT(RUMPAI LAUT)

:salam
Adakah invest dalam project ni halal?...ni website http://ourbisness.blogmas.com/

SJ-11-0171 : SEAWEED PROJECT(RUMPAI LAUT)

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Berikut adalah pulangan skim tersebut yang saya petik sebahagiannya.

Quote:
BAYARAN DIVIDEN

Dividen dibayar sebanyak 7% (mengikut fasa) setiap sebulan untuk tempoh projek iaitu selama 10 tahun , Setiap lot pelaburan dilindungi oleh Insuran MAA

DIVIDEN AKAN DIBAYAR MENGGUNAKAN CEK KEPADA ANDA

Lot / Unit Nilai Unit Dividen Bulanan Tahunan 10 Tahun
1 4,900 343 4,116 41,160
2 9,800 686 8,232 82,320
3 14,700 1,029 12,348 123,480

Islam tidak membenarkan (mengharamkan) sesuatu pelaburan yang pulangannya tetap. Adat berniaga atau melabur, sudah tentu ada untung atau/dan ruginya. Skim diatas menjanjikan dibayar 7% setiap bulan bagi tempoh projek secara tetap.

Didalam rumusan Akademi Fiqh Islami yang ke 14 ada menyatakan :-

"Mudarabah bermaksud berkongsi keuntungan dan menanggung kerugian terdapat sesuatu perkara yang terjadi. Nabi :saw bersabda :

ÇáÎÑÇÌ ÈÇáÖãÇä
dir="ltr">"Keuntungan adalah mengikut liability untuk kerugian" [Hadith Riwayat Ahmad dan lain2 dengan sanad sahih].

Ini membawa makna bahawa apa sahaja keuntungan, pertumbuhan atau meningkatan yang berlaku adalah disandarkan secara syara' kepada seseorang menanggung kejatuhan, kegagalan atau kerugian. Ulama' telah mengeluar kaedah fiqh masyhur iaitu : ÇáÛäã ÈÇáÛÑã - "Kerugian datang bersama Keuntungan". Sabda Nabi :saw

äåì Úä ÑÈÍ ãÇ áã íÖãä
dir="ltr">"Nabi :saw melarang keuntungan dari seseorang yang tidak liable (bertangung-jawab) terhadap keuntungan atau kerugian" [Diriwayat didalam Sunan]."

Kesimpulannya, apa-apa skim pelaburan yang menjanjikan keuntungan yang tetap adalah tidak dibenarkan. Perlu juga dilihat perlindungan insuran MAA yang ditawarkan samada Islamik atau tidak.

Sila lihat lebih lanjut perbanicangan didalam Laman Web UZAR. Contohnya :-

ABB Fund, Eaindex, Danafutures, Arabic Fund & Winlifund : Haram Lagikah ?
http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=294&Itemid=95

Sekian, wassalam

Sumber : ÞÑÇÑ ãÌãÚ ÇáÝÞå ÇáÏæáí Ýí ÊÍÏíÏ ÚÇÆÏ ÇáÇÓÊËãÇÑ
url - http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-Arabic-Ask_Scholar/FatwaA/FatwaA&cid=1123746084836

خيرالأمين