SJ-11-0199 : Ternak katak

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-11-0199 : Ternak katak

:salam

Moga kita dirahmati Allah..

Persoalan mengenai perniagaan dan makan katak

1) Apakah kedudukan katak dalam syariat Islam???..adakah ia boleh dimakan atau sebaliknya...dan apakah pendapat yang rajih mengenainya dan binatang2 yang seumpama dgnnnya (hidup 2 alam)??? >---alamak!!!...ada 3 persoalan tu...

2) Jika katak ini hukum haram dimakan...sudah pastilah..ternak katak dengan tujuan perniagaan juga sudah pasti haram bg muslim....bagaimana ternakan katak dan usaha perniagaan ini diusahakan oleh non-muslim...kemudian hasil perniagaan tersebut turut diambil manfaatnya oleh muslim???...sbg cth dia 'bg sesuatu' berunsur kebajikan dan sbgnya...adakah ia dibolehkan untuk diambillnya???

Terima kasih atas perhatian pihak tuan.

Sekian, :wassalam

SJ-11-0199 : Ternak katak

ÈÓã Çááå
æÇáÍãÏ ááå æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

1) Hukum makan katak dan haiwan dua alam sudah diperincikan oleh Syeikh ziy@d dalam: SJ-10-0013 : Lanjutan daripada soalan Katak.
http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=27306

2) Harta yang haram terbahagi kepada dua jenis;

i- Harta yang haram pada zatnya, seperti duit yang dirompak atau dicuri.

Harta jenis ini haram dimanfaatkan oleh mana-mana pihak, kerana ia wajib dikembalikan kepada tuannya. Kecuali jika tidak dapat dikembalikan kepada tuannya atau tidak diketahui tuannya, maka boleh disalurkan kepada perkara kebajikan, termasuklah pembinaan masjid.

ii- Harta yang haram disebabkan cara perolehannya, seperti wang yang diperolehi daripada riba, wang hasil jual beli benda-benda haram.

Harta jenis ini hanya haram bagi orang yang memperolehinya secara langsung. Jika ia sudah berpindah milik kepada orang lain dengan cara yang sah, maka ia tidak haram lagi kepada orang lain.

Maka wang hasil perniagaan katak, walaupun ia dikira harta yang diperoleh secara haram, tetapi jika sudah berpindah milik kepada orang lain dengan cara pemberian, nafkah dll maka ia tidak mengapa.

http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=36013