assalamualaikum kepada panel-panel al ahkam yang saya hormati.
di sini saya ada beberapa soalan untuk ditanyakan kepada ahli panel.
1.apakah hukum menyertai skim sijil simpanan premium?adakah ia dibolehkan dan adakah halal hadiah yang diterima itu?
2.apakah hukumnya jika tersilap berniat dalam solat.contohnya,kita mahu solat maghrib tetapi tersilap niat solat isyak.apa yang harus dilakukan?
3.apakah hukumnya jika terketawa sedikit semasa solat dan bagaimanakah caranya untuk khusyuk dalam solat?adakah mesti menghafal makna bacaan dalam solat?
sekian,terima kasih.semoga panel al ahkam akan menjawab persoalan saya.
Waalaikumussalam wrt
Bismillah Wal Hamdulillah Wa Ba'd :
Anda boleh rujuk laman web UZAR
http://www.zaharuddin.net/content/view/236/95/
Niat adalah rukun dalam solat. Jika tersilap maka tidak sah solat seseorang. Sabda Nabi s.a.w. :
"Sesunggunya setiap amalan adalah dengan niat".
Pertama : Ketawa dalam sembahyang terbahagi kepada dua. Ketawa sengaja dan ketawa tidak sengaja. Jika ketawa sengaja maka ia membatalkan solat anda. Ini adalah perbuatan menghina dan menganggap remeh dengan solat.
Manakala jika ketawa kerana terlupa atau tidak sengaja, ia tidak membatalkan solat.
(Majmuk fatawa wa maqalat mutanawwi'ah)
Kedua : Ya, memang antara perkara yang membantu seseorang untuk khusyuk dalam solat ialah ia menghayati maksud ayat-ayat yang dibaca dalam solat. Namun bukan bermakna seseorang yang tidak mampu memahami ayat kerana tidak memahami bahasa Arab, ia juga tidak boleh menghayati ayat-ayat yang dibaca. InsyaAllah dengan ikhlas dalam solat Allah Taala membantu seseorang untuk mencapai khusyuk dalam solat
Wallahualam